Masjid Bersejarah yang Boleh Dilawati di Sabah

2024-06-25

Masjid Bersejarah yang Boleh Dilawati di Sabah | Jom MelancongSabah, negeri di Borneo yang kaya dengan keindahan alam dan warisan budaya, juga memiliki beberapa masjid bersejarah yang menarik. Masjid-masjid ini bukan sahaja tempat ibadat, tetapi juga lambang warisan Islam yang gemilang. Jom melancong dan terokai keunikan serta keindahan masjid-masjid bersejarah di Sabah.

 

1. MASJID NEGERI SABAH

Masjid Negeri Sabah merupakan pusat ibadah utama bagi negeri Sabah, Malaysia, terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan, Kota Kinabalu. Dikelola oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Salah satu ciri penting masjid ini ialah Makam Pahlawan Sabah, di mana tokoh-tokoh terkenal seperti Tun Mohammad Fuad Stephens (Donald Stephens), Tun Mohd Hamdan Abdullah, Tun Pengiran Ahmad Raffae, Tun Mohamed Said Bin Keruak, Tun Mohamad Adnan Robert, dan Tun Sakaran Dandai dimakamkan.

Kredit Imej: Wikipedia

Kredit Imej: Flickr

 

2. MASJID KOTA KINABALU

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu merupakan masjid utama kedua di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, setelah Masjid Negeri. Terletak di persisiran pantai Likas dengan keluasan 14.83 hektar, masjid ini mampu menampung 12,000 jemaah. Dibuka rasmi pada 18 Februari 2000, setelah Kota Kinabalu diisytiharkan sebagai bandar raya.

Masjid ini mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi dengan kawasan masjid hampir 70% dikelilingi air. Masjid ini juga menyediakan pendidikan melalui lima buah sekolah dengan lebih 700 orang murid, serta pelbagai program kebajikan dan sosial untuk membantu masyarakat.

Kredit Imej: Flickr

Kredit Imej: Islamic Tourism Centre

 

3. MASJID UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, Sabah, siap dibina pada 29 November 2002 dan dirasmikan oleh Tun Sakaran Dandai. Terdapat tiga tingkat ini bertemakan reka bentuk Timur Tengah dan dianggap antara yang tercantik di Asia Tenggara. Selain menjadi tempat ibadah untuk pelajar dan kakitangan UMS, masjid ini juga menjadi pilihan jemaah luar. Kemudahan termasuk dewan solat lelaki dan wanita, pejabat pentadbiran, ruang wuduk, dan dewan kuliah.

Kredit Imej: Wikimedia Commons

 

 

4. MASJID NURUL HIKMAH

Masjid Nurul Hikmah Sabah terletak di Kampung Likas, Kota Kinabalu. Ia merupakan salah satu masjid yang aktif dan menjadi pusat kegiatan keagamaan bagi penduduk setempat. Masjid ini bukan sahaja digunakan untuk solat lima waktu dan solat Jumaat, tetapi juga menjadi pusat untuk pelbagai aktiviti keagamaan, pendidikan, dan kemasyarakatan. Aktiviti seperti kelas mengaji, ceramah agama, dan program kebajikan sering diadakan di sini, menjadikannya pusat penting bagi komuniti Islam di kawasan tersebut.

Kredit Imej: Malaysiaaktif

 

Artikel Lain