Masjid Bersejarah yang Boleh Dilawati di Perlis | Jom Melancong – Perlis, negeri terkecil di Malaysia, menyimpan pelbagai khazanah sejarah dan budaya, termasuk beberapa masjid yang memukau. Melancong ke negeri ini tidak akan lengkap tanpa mengunjungi masjid-masjid yang menjadi simbol kekayaan warisan Islam di rantau ini. Mari kita jelajahi keindahan dan keunikan masjid-masjid bersejarah yang menarik dan wajib dilawati ketika berada di negeri Perlis.
1. * MASJID ALWI *
Masjid ini dinamakan selepas Raja Perlis ketika itu, Raja Syed Alwi Ibni Almarhum Tuan Syed Saffi Jamalullail. Masjid ini dibina berkonsepkan seni bina Mughal klasik, iaitu pada bentuk kubah masjid ini. Ia mempunyai persamaan dengan Masjid Zahir di Kedah.
Kredit Imej: Flickr
2. * MASJID AL-HUSSAIN *
Masjid ini merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis, Kuala Perlis, Perlis, Malaysia. Dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Ia telah dibina hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Oktober 2011.
Kredit Imej: Flickr
Kredit Imej: Flickr
3. * MASJID NEGERI ARAU *
Masjid Lama Arau didirikan semasa pemerintahan Raja Syed Ahmad Jamalullail sekitar tahun 1873 hingga 1897M. Tukang-tukang Arab dan Melayu merupakan antara tukang kayu yang diberi tanggungjawab untuk membina Masjid Lama ini. Bahagian tengah masjid diperbuat daripada batu manakala di bahagian lain kebanyakkannya diperbuat daripada kayu.
4. * MASJID TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL*
Masjid yang diberi nama Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail telah dibina atas sumbangan ikhlas dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis iaitu AlMarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Ini merupakan salah satu tarikan di bandar Kangar khususnya dan siap dibina pada pada pertengahan tahun 2005. Tuanku Puan Besar Budriah telah menyerahkan masjid kepada Kerajaan Negeri Perlis dengan rasminya pada 15 September 2005 untuk kegunaan rakyat di dalam qaryah dan seluruh rakyat negeri Perlis. Majlis perasmian masjid telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 12, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 8 November 2005.
Kredit Imej: Flickr
5. * MASJID TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL *
Kredit Imej: Harian Metro
Kredit Imej: MAIPs
6. * MASJID AL-HIDAYAH *
Kredit Imej: Flickr
Mengunjungi masjid-masjid bersejarah di Perlis bukan sahaja memperkayakan pengalaman rohani, tetapi juga membuka peluang untuk memahami dan menghargai warisan budaya serta sejarah Islam yang kaya di negeri ini. Setiap masjid yang dilawati menceritakan kisahnya yang tersendiri, menawarkan keindahan seni bina dan ketenangan yang sukar digambarkan. Jadi, pada lawatan anda yang seterusnya ke Perlis, jangan lepaskan peluang untuk menyelami sejarah dan keindahan masjid-masjid ini. Selamat melancong!