Masjid Bersejarah yang Boleh Dilawati di Perak | Jom Melancong – Perak, negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya, menawarkan pelbagai masjid bersejarah yang indah dan penuh makna. Masjid-masjid ini bukan sahaja tempat ibadat tetapi juga lambang warisan Islam yang menakjubkan. Jom melancong dan terokai keindahan serta keunikan masjid-masjid bersejarah di Perak yang wajib dilawati.
1. MASJID SULTAN AZLAN SHAH
Kredit Imej: Le Nam Megasheet
Kredit Imej: Flickr
2. MASJID CINA MUHAMMADIAH
Masjid Muhammadiah Taman Tasek Jaya Ipoh bermula sebagai surau kecil dibina oleh Allahyarham Tuan Hj Abdul Latif bin Hj Mohd Kasim pada tahun 1978. Ia dinaiktaraf menjadi masjid pada 11 Zulhijjah 1428 (21 Disember 2007), hasil ilham Macma Ipoh dan kerjasama Dato’ Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.
Rekabentuk uniknya, hasil perbincangan dengan Dato’ Dr. Hj Fadzli Cheah dan AJK Masjid, mendapat perkenan Raja Muda Perak pada tahun 2009.Masjid ini menggunakan rekabentuk senibina kebudayaan Cina, menarik ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.
Kredit Imej: Wikipedia
Kredit Imej: MACMA
3. MASJID DIRAJA UBUDIYAH
Masjid Ubudiah, atau Masjid Diraja Ubudiah, terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, dan diresmikan oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917. Diasaskan oleh Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I sebagai nazar setelah baginda pulih dari penyakit, masjid ini direka oleh Kolonel Huxley. Pembinaan tertunda akibat batu marmar dari Itali yang pecah dipijak gajah dan Perang Dunia Pertama. Masjid ini siap dengan kos kira-kira $22,000 dan dikenali sebagai salah satu masjid terindah di Malaysia.
Kredit Imej: Tripadvisor Kredit Imej: SHARULNIZAM MOHAMED YUSOF
4. MASJID BANDAR UNIVERSITI
Masjid Bandar Universiti diilhamkan pada tahun 2011 dengan terbentuknya Jawatankuasa Pembinaan Masjid. Pembinaan masjid ini didorong oleh pembangunan pesat di kawasan Bandar Universiti. Projek pembinaan bermula pada 29 Ogos 2016 dan disempurnakan pada 24 Julai 2018 dengan pembiayaan RM4.7 juta dari Kerajaan Persekutuan dan RM1 juta dari derma orang ramai.
Masjid ini dilengkapi ruang solat, balai lintang, empat lokasi wuduk, rak-rak Al-Quran, blok tandas dengan kemudahan untuk OKU, bilik pengurusan jenazah, pejabat, dan tempat letak kereta.
Kredit Imej: Facebook Kredit Imej: PrayerConnect
5. MASJID PANGLIMA KINTA
Kredit Imej: Wikipedia
Kredit Imej: Visit Perak
6. MASJID SULTAN IDRIS SHAH II
Masjid Sultan Idris Shah II, juga dikenali sebagai Masjid Negeri, terletak di Ipoh, Perak. Berhampiran dengan Stesen Keretapi Ipoh, Ibu Pejabat Polis Daerah, Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi, dan stesen bas Ipoh.
Dirasmikan pada 15 September 1978 oleh Sultan Idris Iskandar Shah II, masjid ini dibina atas tanah seluas 2.6 hektar. Pembinaannya bermula pada 16 Mei 1966, dengan batu asas diletakkan pada 27 Oktober 1967 oleh Tun Haji Abdul Razak. Idea pembinaan masjid ini berasal daripada Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Abdul Wahab pada tahun 1951. Kos pembinaan ialah RM1,840,000.
Kredit Imej: Flickr
Kredit Imej: Visit Perak