Masjid Bersejarah yang Boleh Dilawati di Negeri Sembilan | Jom Melancong – Negeri Sembilan, terkenal dengan adat perpatih dan budaya yang unik, juga menyimpan beberapa masjid bersejarah yang menarik untuk dilawati. Masjid-masjid ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadat, tetapi juga sebagai saksi bisu kepada sejarah dan warisan Islam yang kaya. Jom melancong dan terokai keindahan serta keunikan masjid-masjid bersejarah di Negeri Sembilan.
1. MASJID SRI SENDAYAN
Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, dibina mulai 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019. Menampung hingga 5000 jemaah, masjid ini terkenal dengan senibina cantiknya dan sering dilawati pelancong. Dikurniakan oleh Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain, masjid ini berharga kira-kira RM100 juta. Dengan tiga dewan solat, perpustakaan, dan kemudahan lain, ia menggabungkan seni bina dari pelbagai negara termasuk elemen Mesir, Turki, Dubai, Maghribi, dan Cina.
Kredit Imej: Flickr
Kredit Imej: Flickr
2. MASJID NEGERI SEREMBAN
Masjid Negeri, Negeri Sembilan adalah masjid penting di Seremban. Dibina pada 1966 dan dirasmikan pada 24 November 1967, ia mempunyai rekabentuk unik dengan sembilan tiang, ruang, dan anjung tambahan yang melambangkan struktur politik negeri yang terdiri daripada sembilan daerah pentadbiran.
Masjid ini juga menggabungkan senibina moden dengan elemen tradisional Minangkabau. Terletak bersebelahan dengan Taman Tasik Seremban, ia mempunyai 3 aras dengan kemudahan seperti bilik air, dewan solat utama, dan ruang solat sisi. Masjid ini juga mempunyai menara dan 9 tiang yang dipancarkan lampu pada waktu malam, menambah keindahan senibina masjid.
Kredit Imej: Facebook
Kredit Imej: Foursquare
3. MASJID DATO’ KLANA PETRA UNDANG LUAK
Masjid Putra Nilai, asalnya dikenali sebagai Masjid Bandar Baru Nilai, dibina pada tahun 2003M dengan sokongan penduduk tempatan dan Kerajaan Negeri. Tapak masjid ini adalah sumbangan Kerajaan Negeri. Ia mengalami perubahan nama kepada Masjid Putra Nilai pada tahun 2007M. Masjid ini mampu menampung 5000 jemaah dan menguruskan sebelas surau di sekitarnya.
Reka bentuknya menampilkan elemen Timur Tengah dengan penggunaan marmar dan cermin kaca berwarna sebagai hiasan. Kubah dan menaranya menjadi ciri utama yang membanggakan. Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, masjid ini juga menjadi pusat aktiviti untuk pelbagai persatuan dan kelas pengajian agama.
 Kredit Imej: Facebook
4. MASJID HUSSAIN
Kredit Imej: Facebook
5. MASJID TUANKU MUHRIZ
Masjid Tuanku Muhriz terletak di Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Ia diasaskan oleh YB Dato’ Lilah Bin Yasin dan penduduk tempatan, dibina pada tahun 2003, dan diperbaiki serta dinaiktaraf pada tahun 2009. Pada tahun 2011, DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan merasmikan masjid ini dan menamakannya sempena Baginda Tuanku Muhriz. Imam pertama yang bertugas di masjid ini adalah Junaidi Bin Yahaya.
Kredit Imej: Wikimedia Commons
Kredit Imej: Facebook
6. MASJID AT-TAQWA KAMPUNG PAROI
Kredit Imej: Flickr
Kredit Imej: Facebook
7. MASJID DIRAJA TUANKU MUNAWIR
Kredit Imej: Islamic Tourism Centre