Masjid Bersejarah yang Boleh Dilawati di Johor | Jom Melancong – Johor, negeri di selatan Semenanjung Malaysia, terkenal dengan warisan budaya dan sejarah yang kaya. Di antara khazanah tersebut, terdapat beberapa masjid bersejarah yang memukau. Masjid-masjid ini bukan sahaja sebagai tempat ibadat, tetapi juga simbol keindahan seni bina Islam. Jom melancong dan terokai keunikan serta keindahan masjid-masjid bersejarah di Johor.
1. MASJID SULTAN ISKANDAR
Kredit Imej: Wikipedia
Kredit Imej: Facebook
2. MASJID SULTAN ABU BAKAR
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, terletak di Johor Bahru, Johor, Malaysia, dibuka rasmi oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada tahun 1900. Ia dinamakan sempena Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang memerintahkan pembinaannya pada kira-kira tahun 1892 dengan kos lebih dari $400,000.
Dibina di atas bukit menghadap Selat Tebrau, masjid ini mempunyai empat menara yang menyerupai Masjid Putih, Terengganu, dan masjid-masjid di Asia Barat, terutamanya di Mesir. Ia boleh memuatkan kira-kira 3000 jemaah.
Kredit Imej: Wikipedia
Kredit Imej: Facebook
3. MASJID KOTA ISKANDAR
Masjid Kota Iskandar, dibuka pada 16 Jun 2015, adalah masjid negeri kedua Johor yang terletak di Kota Iskandar, Iskandar Puteri. Dinamakan sempena Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, masjid futuristik ini adalah mercu tanda moden dengan reka bentuk ‘Garden Mosque’ yang unik, menggabungkan unsur taman Islam dengan ciri-ciri air, tanaman harum, dan pokok teduh.
Dengan kemampuan menampung 1520 jemaah dalam Dewan Solat, 730 jemaah di teres, dan 3720 jemaah di taman bumbung dan taman Islam, masjid ini bukan sahaja menjadi tempat sembahyang tetapi juga pusat aktiviti Islam dengan kemudahan seperti perpustakaan, dewan serbaguna, dan bilik kaunseling.
Kredit Imej: Facebook
Kredit Imej: Facebook
4. MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM
Masjid Jamek Sultan Ibrahim adalah masjid tertua dan terkenal di daerah Muar, Johor, Malaysia. Dibina pada tahun 1925, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Jamek Muar. Ia dibina daripada sumbangan Kerajaan Johor dan Khairat Ahli Negeri Johor Darul Ta’zim, dan dirasmikan pada 1930. Masjid ini mempunyai nilai sejarah yang penting dan menjadi mercu tanda dalam Bandar Maharani, Muar.
Kredit Imej: Islamic Tourism Centre