Air Terjun Tersembunyi di Kelantan yang Anda Patut Lawati | Jom Melancong – Kelantan terkenal dengan jolokan “Serambi Mekah”, tetapi di sebalik budaya dan warisan, negeri ini juga menawarkan destinasi alam semula jadi yang mengagumkan. Antara tarikan utamanya ialah air terjun yang masih terpelihara keasliannya dan sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan.
1. AIR TERJUN JELAWANG
Terletak di Dabong, air terjun ini adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian lebih 300 meter.
👉 Aktiviti menarik: Hiking ke Gunung Stong, camping, fotografi, mandi manda di kolam semula jadi.
Kredit Imej:
Kredit Imej:Â
2. AIR TERJUN LATA BERANGIN
Terletak di Kuala Krai, ia merupakan destinasi yang masih belum begitu dikomersialkan. Suasananya sejuk dengan aliran air yang deras.
👉 Aktiviti menarik: Jungle trekking, mandi manda, bersantai bersama keluarga.
Kredit Imej:
Kredit Imej:Â
3. AIR TEJRUN LATA REK
Lokasi popular di Kuala Krai ini sering dikunjungi untuk berkelah. Kawasan sungainya luas dan sesuai untuk aktiviti santai hujung minggu.
👉 Aktiviti menarik: Berkelah, BBQ, mandi manda.
Kredit Imej:
Kredit Imej:Â
4. AIR TEJRUN LATA BERINGIN
Terletak berhampiran Kuala Krai, air terjun ini tinggi dan deras dengan pemandangan menakjubkan dikelilingi hutan hijau.
👉 Aktiviti menarik: Hiking, fotografi, mandi manda.
Kredit Imej:
Kredit Imej:Â
5. AIR TERJUN LATA TUMBOH
Kurang dikenali pelancong luar, air terjun ini menjadi ‘hidden gem’ yang indah dengan suasana tenang.
👉 Aktiviti menarik: Trekking ringan, santai, bergambar.
Kredit Imej:
Kredit Imej:Â
6. AIR TERJUN JERAM PASU
Terletak di Pasir Puteh, ia merupakan lokasi riadah popular dengan aliran air yang segar dan kawasan yang sesuai untuk keluarga.
👉 Aktiviti menarik: Mandi manda, picnic, bermain air bersama anak-anak.
Kredit Imej:
Kredit Imej:Â
✨ Tips: Air terjun di Kelantan kebanyakannya terletak jauh ke dalam kawasan hutan, jadi pastikan anda bersedia dengan kasut hiking, bekalan makanan, dan sentiasa utamakan keselamatan. 🌱