Pantai Tercantik di Pahang untuk Anda Terokai

2025-08-24

Pantai Tercantik di Pahang untuk Anda Terokai | Jom MelancongPahang sememangnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi, termasuk pantai-pantainya yang menawan dan memukau pandangan. Dari Pantai Teluk Cempedak yang meriah hingga ke Pantai Cherating yang tenang dan sesuai untuk aktiviti luncur ombak, setiap destinasi menawarkan suasana yang unik dan menyegarkan. Sama ada untuk berkelah, bersantai, berenang atau mengambil gambar kenangan, pantai-pantai di Pahang pasti memenuhi citarasa anda. Jom melancong dan terokai pesona pantai tercantik di negeri ini!

 

1. TELUK CEMPEDAK

Pantai popular di Kuantan yang terkenal dengan pasir putih dan ombak sederhana, sesuai untuk bersantai, bermain layang-layang, berenang dan bergambar di laluan pejalan kaki tepi pantai.

Kredit Imej: Izzat Ismail

Kredit Imej: HorLeong Loh

2. PANTAI CHERATING

Destinasi terkenal untuk aktiviti luncur ombak, sukan air, lawatan ke pusat penyu dan menikmati makanan laut segar.

Kredit Imej: Angel 678

Kredit Imej: H Ooi

 

3. PANTAI BATU HITAM

Menarik dengan batu-batu hitam unik, tempat sesuai untuk riadah keluarga, berkelah, memancing dan menikmati pemandangan matahari terbenam.

Kredit Imej: ct masyitah

Kredit Imej: mahani md zali

 

4. PANTAI BALOK

Lokasi kegemaran untuk aktiviti sukan air seperti kite surfing, windsurfing, selain tempat sesuai untuk berkelah dan berkhemah.

Kredit Imej: Majlis Bandaraya Kuantan

 

5. PANTAI KEMPADANG

Pantai yang lebih tenang, sesuai untuk bersiar-siar, memancing, aktiviti pantai santai dan menikmati angin laut.

Kredit Imej: Fcaebook

 

6. PANTAI BESERAH

Terkenal dengan komuniti nelayan, pelancong boleh melihat bot tradisional, membeli hasil laut segar dan berjalan di tepi pantai.

Kredit Imej: Jessie Sng

Kredit Imej: Firdaus Hashim

 

7. PANTAI LAGENDA

Tempat sesuai untuk keluarga bersantai, menikmati pemandangan laut dan berjalan di sepanjang pesisir pantai.

Kredit Imej: Haikal Hasan

Kredit Imej: anwar osman zainuri

 

8. PANTAI TELUK SISEK

Pantai yang lebih sunyi, sesuai untuk berjalan kaki, mengambil gambar dan beriadah secara santai.

Kredit Imej: Facebook

Kredit Imej: Flickr

 

9. PANTAI ANAK AIR

Lokasi kecil tetapi menarik untuk penduduk tempatan bersiar-siar, memancing dan menikmati suasana kampung.

Kredit Imej: budoxe

Kredit Imej: arozy h

10. TANJUNG LUMPUR

Terkenal dengan makanan laut, sesuai untuk penggemar kulinari dan menikmati pemandangan laut sambil menjamu selera.

Kredit Imej: Flickr

Artikel Lain