Jom Melancong! dot com

Peluang Melancong Termurah

Siem Reap – Muslim Tour 4D 3N

Harga Dalam Ringgit Malaysia (MYR)

Hotel No of Pax
10 – 14 15 – 19 20 – 24 25 Single Supp
REP: Monoreach Angkor

PNH: Royal Palace

755 695 665 615 140
REP: Cozyna Angkor

PNH: New York Hotel

765 705 675 625 170

REP: Cozyna Angkor

PNH: Holiday Hotel

820 750 725 680 215

REP: Holiday

PNH: Phnom Penh

910 850 820 770 310

Aturcara:

Hari 1 : KUALA LUMPUR – SIEM REAP (L/D)

Setibanya di Lapangan Terbang Siem Reap, peserta akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa ke hotel untuk check in. Memulakan lawatan dengan melawat The South Gate of Angkor Thom, Bayon, Baphoun, Elephant and Leper King Terrace, Phimeanakas, Ta Prohm. Makan tengah hari di local restaurant dan selepas itu melawat dan melihat matahari terbenam di Gunung Bak Kheng. Makan malam di local restaurant dan berehat di hotel.

Hari 2 : SIEM REAP-PHNOM PENH ( B/L/D)

Sarapan di hotel dan menaiki kenderaan persendirian seperti kereta/bas/van untuk ke Phnom Penh dengan mengambil masa 6 jam, dalam perjalanan singgah di daerah Kampung Thom untuk melihat penduduk menjual kriket, labah-labah dan banyak lagi yang boleh dinikmati dan membeli. Selepas tiba di Phnom Penh, makan tengah hari dan melawat National museum, dan . Makan malam di local restaurant dan berehat di hotel.

Hari 3 : PHNOM PENH – (Muslim Village) – PHNOM PENH (B/L/D)

Selepas sarapan di hotel dan berangkat ke Kampong Cham untuk melawat kampong islam, orang miskin, sekolah, masjid untuk membuat amal kebajikan dan penduduknya hidup tanpa kemudahan elektrik. Makan tengah hari di sana. Selepas itu, pulang ke Phnom Penh dan pada sebelah petang, melawat dengan menaiki bot pelancong. Makan malam dan bermalam di Phnom Penh.

Hari 4 : PHNOM PENH – KUALA LUMPUR ( B, L )

Sarapan pagi di hotel dan selepas itu bebas untuk membeli belah di Central Market, Russian Market. Makan tengah hari dan selepas itu berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Acara selesai).

Polisi Kanak-kanak (bawah 12 tahun):

  • Kanak-kanak dengan extra bed – 70% diskaun daripada harga pakej
  • Kanak-kanak tanpa bed – 50 % diskaun daripada harga pakej

Harga Pakej:

  • Penginapan 2 malam di hotel pilihan dan sarapan setiap hari bagi twin share seperti di atas
  • Sarapan pagi akan dihindangkan seperti roti, toast, buah, kopi, teh di hotel di atas
  • Lawatan dan perjalanan adalah seperti dalam aturcara perjalanan
  • Makan di local restaurant dengan makanan halal 100% Yuran masuk lawatan
  • Kenderaan berhawa dingin (Kereta, Bas, Van)
  • Tour Guide yang fasih berbahasa inggeris (lessen daripada menteri pelancongan)
  • Bot pelancongan seperti yang diterangkan
  • Percuma 2 botol air setiap hari/pax

Harga tidak termasuk:

  • Tiket Penerbangan
  • Tax (cukai) International airport departure Rp 25,00 (RM 87) per orang.
  • Tipping dan pemandu (disarankan)
  • Kos peribadi di hotel (Mini bar, perkhidmatan bilik, laundry, telefon dll).
  • Perjalanan insurans (sangat disyorkan)
homemade chocolate door gift