Harga dalam MYR
| Hotel | No. of Pax | Twin/Triple Sharing | Single Supplement | Child with Bed | Child W/Out Bed |
| 3 Star | 2-5 Pax | 2010 | 605 | 1710 | 1510 |
| 3 Star | 6-9 Pax | 1410 | 605 | 1200 | 1060 |
| 3 Star | 10-15 Pax | 930 | 455 | 790 | 700 |
| Hotel | No. of Pax | Twin/Triple Sharing | Single Supplement | Child with Bed | Child W/Out Bed |
| 4 Star | 2-5 Pax | 2130 | 725 | 1810 | 1600 |
| 4 Star | 6-9 Pax | 1525 | 725 | 1295 | 1145 |
| 4 Star | 10-15 Pax | 1015 | 540 | 860 | 760 |
Hotel Used:
3 star Shanghai Airlines Travel Hotel or similar class
4 star Holiday Inn Express or similar class
Suzhou:
3 star City Holiday Hotel or similar class
4 star Nanya Hotel or similar class
3 star Jian Feng Hotel or similar class
4 star St. Rich Hotel or similar class
Aturcara :
Hari 1 : Kuala Lumpur – Shanghai – Suzhou (L/D)
Setibanya di Guilin pada pagi, peserta akan disambut oleh wakil kami di sana dan terus bertolak ke Suzhou (2 jam). Suzhou merupakan bandar bersejarah yang berusia lebih kurang 2500 tahun dan Marco Polo menggelarkan “Venice of the Orient”. Suzhou juga dikenali sebagai pengeluar sutera di dunia. Selepas tiba di Suzhou, anda akan melawat Ouyuan Garden, disekelilingnya terdapat terusan di tiga sisi. Ouyuan Garden merupakan antara harta kesenian di antara taman klasik Suzhou.
Hari 2 : Suzhou- Hangzhou (B/L/D)
Selepas sarapan pagi, anda akan melawat Silk Factory yang mana kita akan belajar tentang seni kuno pembuatan sutera dengan produk buatan tangan. Pembuatan sutera pada sekarang ini dicampur dengan teknik kuno dan teknik inovasi moden. Selain itu juga, anda akan dihiburkan dengan pertunjukan fesyen sutera dan membeli belah. Selepas makan tengah hari dan solat di Taipingfang Mosque dan meneruskan perjalanan ke Hangzhou yang merupakan antara 7 bandar besar yang tertua di China yang terkenal dengan kecantikan landskap dan keindahan seperti “Heaven on Earth”. Pulang ke hotel dan berehat.
Hari 3 : Hangzhou (B/L/D)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan memulakan perjalanan melawat Hangzhou dengan berjalan-jalan di sepanjang “Su Causeway” melihat pemandangan indah dari West Lake yang terkenal. Selepas itu, melawat Dragon Well Tea Village, kampung yang terkenal dengan penjualan teh hijau China yang terbaik. Meneruskan lawatan ke Jade Carving Factory. Selepas makan tengah hari, anda akan melawat Masjid Phoenix, salah satu daripada empat masjid yang paling terkenal di timur China berusia lebih kurang 1000 tahun.
Hari 4 : Hangzhou – Shanghai (B/L/D)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan bertolak ke Shanghai. Setibanya di sana, kita akan melawat Shanghai Old Town (juga dikenali Chenghuangmiao) dengan sejarah yang berusia sekitar 400 tahun. Kawasan ini menjadi tumpuan kerana terdapat pelbagai kemudahan dan kedai-kedai. Setelah makan tengah hari, kita akan melawat antara masjid terkenal di Shanghai iaitu – Masjid Xiaotaoyuan. Selepas itu, meneruskan lawatan ke Pudong New Developed Area, di mana kita akan melawat taman tepi sungai di sepanjang Sungai Huangpu. Di sana terdapat Menara TV ketiga tertinggi di dunia iaitu, Menara Jinmao. Meneruskan lawatan dengan melawat Farmasi Tradisional China – Tongrentang. Membeli belah di Fresh Water Pearl Shop. Selain itu juga, kita akan berjalan-jalan di “Bund” (waterfront) yang mana anda dapat melihat pemandangan “Wall Street” dari Timur, mengingati sejarah moden di abad terakhir di kota besar ini. Selepas itu, membeli belah di tempat yang terkenal di China iaitu Nanjing Road pada sebelah petangnya. Pulang ke hotel berehat dan persegaran.
Hari 5 : Shanghai – Kuala Lumpur (B/L)
Pada sebelah pagi, akan meluangkan masa ke bazaar tempatan iaitu Qipu Road Market untuk membeli belah pakaian dan barang dagangan untuk kali terakhir. Selepas makan tengah hari, kita akan meneruskan perjalanan ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Acara selesai.
Note :
- Harga boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu.
- Semua kategori hotel yang diberikan di atas berdasarkan pada standard tempahan
- Tempahan berdasarkan pada kekosongan bilik
- Kadar diatas tidak sah untuk Kakitangan Airlines, non muslim dan kumpulan-kumpulan pelajar
- Program perjalanan boleh diubah oleh pemandu pelancongan bergantung pada keadaan semasa
- Lawatan tetap tidak berubah
Pakej Termasuk:
- 4 malam penginapan di hotel yang ditempah atau setaraf
- Visa
- Makanan Halal di restoran tempatan
- Satu botol air mineral setiap orang/setiap hari
- Pengangkutan berhawa dingin
- Bayaran masuk ke setiap tempat yang dilawati seperti yang dinyatakan
- Tour ditemani dengan Pemandu pelancong yang berkebolehan dalam bahasa Melayu dan Inggeris
- Tipping
- Insuran Perjalanan
Pakej Tidak Termasuk:
- Tiket Penerbangan
- Pilihan lawatan dan insuran
- Semua perbelanjaan Peribadi & di hotel (Mini bar, perkhidmatan bilik, laundry, telefon dll).
Related Posts :
- Pakej Pelancongan Klasik Ke Jogjakarta – Solo 3 Hari 2 MalamHarga Dalam Ringgit Malaysia (MYR) Hotel No of Pax (Private Tour) 3 Star 2 3 ...
- Bandung Shopping 3 Hari 2 MalamHarga Dalam Ringgit Malaysia (MYR) No Of Pax - (SEAT IN COACH) Hotel 2 03~04 05 ...
- Bandung City Tour + Shopping 4 Hari 3 MalamHarga Dalam Ringgit Malaysia (MYR) No Of Pax - (SEAT IN COACH) Hotel 2 03~04 05 ...
- Pakej Pelancongan Halal Ke Phnom Penh 4 Hari 3 MalamPhnom Penh Muslim Tour 4H 3M Harga Dalam Ringgit Malaysia (MYR) Hotel No of Pax ...
- Pakej Pelancongan Ke Jogjakarta 3 Hari 2 MalamHarga Dalam Ringgit Malaysia (MYR) Hotel No of Pax (Private Tour) 3 Star 2 3 ...






