Harga dalam MYR
| Hotel | No. of Pax | Twin/Triple Sharing | Single Supplement | Child with Bed | Child W/Out Bed |
| 3 Star | 2-5 Pax | 1265 | 505 | 1075 | 950 |
| 3 Star | 6-9 Pax | 1065 | 505 | 905 | 798 |
| 3 Star | 10-15 Pax | 945 | 405 | 805 | 710 |
| Hotel | No. of Pax | Twin/Triple Sharing | Single Supplement | Child with Bed | Child W/Out Bed |
| 4 Star | 2-5 Pax | 1370 | 575 | 1165 | 1030 |
| 4 Star | 6-9 Pax | 1135 | 575 | 965 | 850 |
| 4 Star | 10-15 Pax | 1015 | 470 | 865 | 760 |
Hotel Used:
3 star Fubo Hotel (www.fubohotel.com) or similar class
4 star Fortune Hotel (www.guilinfortunehotel.com) or similar class
4 star New West Street hotel (www.nwshotel.com) or similar class
5 star Jasper International Hotel (www.ysbyhotel.com) or similar class
Aturcara :
Hari 1 : Kuala Lumpur – Guilin (L/D)
Setibanya di Guilin pada jam 10:40 pagi, peserta akan disambut oleh wakil kami di sana. Guilin merupakan sebuah bandar budaya dengan sejarah berusia 2000 tahun dan terkenal dengan pemandangan yang cantik dan dikelilingi batuan, bukit bukau dan rumpunan pokok buluh. Wilayah ini menawarkan pemandangan yang paling cantik di dunia dan menjadi tumpuan fotografi di China. Selepas makan tengah hari, check in hotel untuk solat dan persegaran. Selepas itu, melawat Ancient South Gate yang mana merupakan pintu gerbang yang tertua di Guilin. Melawat Gold and Silver Pagoda dan Banyan Tree yang tertua berusia 1300 tahun di Guilin. Selepas itu, menikmati hidangan teh di Tea House serta melawat City Center Square dan melihat air terjun Sungai Li buatan. Membeli belah di Zhongshan Road Night Market (tempat paling sesuai untuk membeli belah). Pulang ke hotel.
Hari 2 : Guilin (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel, dalam perjalanan ke Reed Flute Cave, singgah sebentar di Crystal Shop, yang mana anda akan dapat melihat pelbagai produk kristal. Reed Flute Cave mendapat nama daripada alang-alang hijau yang tumbuh merata, yang mana pokok ini digunakan untuk mebuat seruling. Di dalam gua ini terdapat stalaktit, tiang batu dan formasi batuan yang terhasil dari proses pemendapan karbonat. Selepas itu, membeli belah di Silk Store untuk mendapatkan produk sutera yang berkualiti. Makan tengah hari, melawat Seven Stars Park yang mana di antara taman tercantik di Guilin. Melawat Masjid Qixing dan Burning Cream Center. Selepas makan malam, membeli belah di Wei Xiao Tang Shopping Mall.
Hari 3 : Guilin (B/L/D)
Selepas sarapan pagi, melawat Elephant Trunk Hill yang terletak di sebelah barat Sungai Li, bukit itu berbentuk seakan-akan gajah besar yang sedang minum air di sungai dengan belalainya. Selepas itu, melawat Fubo Hill yang juga terkenal seperti Elephant Trunk Hill. Sebelum makan tengah hari, anda akan meluangkan masa di Jade Store – salah satu tempat yang popular dengan souvenir. Selepas makan tengah hari, solat bersama masyarakat islam tempatan di Masjid Lama di Guilin yang merupakan masjid terbesar di Guilin. Selepas itu, menikmati massage kaki di Herbal Medicine Center. Membeli belah di Zheng Yang Walking Shopping Street. Makan malam, selepas itu singgah membeli belah di Zhongshan Road Night Market- tempat yang menarik untuk membeli belah. Pulang ke hotel dan berehat.
Hari 4 : Li River Cruise to Yangshuo (B/L/D)
Bandar Guilin terletak di Sungai Li, dikelilingi oleh formasi geografi eksotik yang kelihatan agak misteri bagi mereka yang melawat tempat ini. Selain itu, perasaan keindahan hati, kedamaian, dan ketenangan akan dapat dirasai kepada mereka yang melawat Guilin. Aktiviti lawatan hari ini ialah pelayaran Sungai Li. Pelayaran dari Guilin ke Yangshou, menyusuri sepanjang 83KM bentuk tanah yang aneh, seakan-akan mengembara seperti di dalam lukisan tradisional china. Sekiranya bernasib baik kita akan dapat melihat cara penangkapan ikan di sungai. Setelah tiba, membeli belah di West Shopping Street. Check in hotel untuk rehat dan persegaran. Seterusnya menyambung lawatan ke Yangshuo iaitu ke Gua Yinzi, pemandangan dalam gua yang terdapat titisan air iaitu stalaktit yang cantik, menenangkan dan indah. Sebelum makan malam, anda akan dibawa melawat West Street & Yangshuo yang merupakan bazar yang terkenal. Makan malam 5 bintang akan disediakan untuk anda.
Hari 5 : Guilin – Kuala Lumpur (B)
Selepas sarapan pagi, check out hotel dan bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 11.20 pagi. Acara selesai.
Pilihan Tour:
- Guilin:Dreamlike Li River yang merupakan cara terbaik untuk menjelajah budaya yang indah Li River.(Rate: 170yuan/pax)
- Yangshuo: Yin Xiang Liu San Jie merupakan Persembahan Budaya yang terkenal di China diarahkan oleh Mr Zhang Yi Mou yang merupakan pengarah paling terkenal di China dan juga pengarah umum tahun 2008 Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Beijing. Rate: 250yuan/pax
Note :
- Harga boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu.
- Semua kategori hotel yang diberikan di atas berdasarkan pada standard tempahan
- Tempahan berdasarkan pada kekosongan bilik
- Kadar diatas tidak sah untuk Kakitangan Airlines, non muslim dan kumpulan-kumpulan pelajar
- Program perjalanan boleh diubah oleh pemandu pelancongan bergantung pada keadaan semasa
- Lawatan tetap tidak berubah
Pakej Termasuk:
- 4 malam penginapan di hotel yang ditempah atau setaraf
- Visa
- Makanan Halal di restoran tempatan
- Satu botol air mineral setiap orang/setiap hari
- Pengangkutan berhawa dingin
- Bayaran masuk ke setiap tempat yang dilawati seperti yang dinyatakan
- Tour ditemani dengan Pemandu pelancong yang berkebolehan dalam bahasa Melayu dan Inggeris
- Tipping
- Insuran Perjalanan
Pakej Tidak Termasuk:
- Tiket Penerbangan
- Lawatan Tambahan
- Pilihan lawatan dan insuran
- Semua perbelanjaan Peribadi & di hotel (Mini bar, perkhidmatan bilik, laundry, telefon dll).
Related Posts :
- Pakej Pelancongan Klasik Ke Jogjakarta – Solo 3 Hari 2 MalamHarga Dalam Ringgit Malaysia (MYR) Hotel No of Pax (Private Tour) 3 Star 2 3 ...
- Bandung Shopping 3 Hari 2 MalamHarga Dalam Ringgit Malaysia (MYR) No Of Pax - (SEAT IN COACH) Hotel 2 03~04 05 ...
- Pakej Pelancongan Halal KE Guilin - Yangshuo - Li River Cruise 4 Hari 3 MalamHarga dalam MYR Hotel No. of Pax Twin/Triple Sharing Single Supplement Child with ...
- Bandung City Tour + Shopping 4 Hari 3 MalamHarga Dalam Ringgit Malaysia (MYR) No Of Pax - (SEAT IN COACH) Hotel 2 03~04 05 ...
- Pakej Pelancongan Halal Ke Phnom Penh 4 Hari 3 MalamPhnom Penh Muslim Tour 4H 3M Harga Dalam Ringgit Malaysia (MYR) Hotel No of Pax ...







JIka saya ingin pergi ke guilin dan Yangshuo pada cuti hari raya china nanti boleh diuruskan atau tidak?
boleh, tapi tempahan harus dibuat sebulan sebelum berlepas