Seorang Lelaki TERKEJUT Apabila Menemui SESUATU Yg ISLAMIK Di Puncak Gunung Fuji Jepun !!!

| October 29, 2017 | 0 Comments

Seorang Lelaki TERKEJUT Apabila Menemui SESUATU Yg ISLAMIK Di Puncak Gunung Fuji Jepun !!! | Gunung Fuji merupakan gunung yang paling tinggi di Jepun. Terletak di antara sempadan Shizuoka dan Yamanashi, gunung ini menerima kunjungan sekurang-kurangnya 200,000 orang pendaki setiap tahun. Sungguh menakjubkan.

Jika anda berhasrat untuk datang ke sini, kami ada berita baik untuk anda. Selain dari mempunyai permandangan yang cantik, di sini juga terdapat sebuah hotel patuh syariah yang sangat sesuai didiami terutama pelancong muslim.

Syariah Hotel Fujisan. Hotel ini terletak berhampiran tasik Kawaguchi di daerah Fujikawaguchiko. Hotel Syariah Fujisan menawarkan menu halal bagi para tetamu muslim dengan sajian masakan Jepun menggunakan daging lembu dan minuman tanpa alkohol.

2
3`

Hotel ini asalnya merupakan sebuah rumah kosong, kemudian diubah suai menjadi sebuah hotel syariah pada 17 Ogos yang lalu. Ini satu kemudahan untuk pelancong muslim yang ingin datang ke sini.

Selain menyediakan kemudahan seperti Wi-Fi dan tempat letak kereta, hotel ini turut dilengkapi dengan surau. Kesemua bilik di hotel ini juga mempunyai anak panah yang menunjuk arah kiblat, lengkap dengan sejadah.

Menurut pemilik hotel, Yamashita 72 tahun, dia berminat untuk membuka hotel ini kerana tertarik dengan sajian makanan halal beberapa tahun lalu selepas membawa sekumpulan pelancong muslim.

Beliau mensasarkan pelancong beragama Islam kerana peningkatan bilangan pengunjung ke Fujikawaguchiko adalah berasal dari Indonesia dan Malaysia. Yamashita memutuskan untuk membuka sebuah hotel khusus untuk pelancong muslim selepas diberitahu kesukaran mereka mencari masjid dan restoran halal.

1

Namun hasrat murni beliau masih belum tercapai, setakat ini Syariah Hotel Fujisan masih belum menerima sebarang tempahan daripada pelancong muslim.

“Saya menguruskan hotel ini sambil melihat ke depan untuk masa akan datang dalam tempoh lima hingga 10 tahun.” katanya.

Beliau juga sedang mempertimbangkan untuk membina masjid di hotel ini dan menawarkan perkhidmatan bagi umat Islam di hotel lain yang dimilikinya, tetapi bergantung kepada nasib hotel baru itu nanti.

Tempahan bilik di Syariah Hotel Fujisan kini boleh dibuat melalui laman booking.com . KREDIT THEVOHKET.

4
5
6
7
8

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: International

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *