7 Hari Mencintaiku – 10 Unsur Pengajaran Yang Jarang Terdapat Pada Kebanyakkan Drama !!!

| December 23, 2016 | 0 Comments

7 Hari Mencintaiku – 10 Unsur Pengajaran Yang Jarang Terdapat Pada Kebanyakkan Drama !!! | Watak dan Perwatakan dalam drama 7 Hari Mencintaiku memainkan peranan yang cukup bermakna untuk dijadikan pengajaran buat kita semua. Semua watak dalam drama tersebut telah memainkan peranan mereka dengan cukup berkesan. Tahniah buat Para Pelakon 7 Hari Mencintaiku. Sekalung tahniah juga buat Penerbit drama tersebut kerana telah berjaya membuatkan drama tersebut berjaya menyentuh hati semua para peminat.

Tahniah juga kerana berjaya menghindarkan beberapa adegen yang terdapat dalam novel seperti adegen peluk memeluk antara lelaki dan perempuan. Suatu kejayaan yang besar dan kami mengharapkan agar momentum tersebut akan terus diteruskan pada drama2 seterusnya. Penerbit yang boleh dijadikan contoh buat penerbit2 lain supaya adegen yang tidak sepatutnya ditayangkan perlu dielakkan. Admin percaya, adegen peluk memeluk bukanlah satu faktor untuk kejayaan sesebuah drama. Drama 7 Hari Mencintaiku telah membuktikannya.

7 Hari Mencintaiku – Serius… Unsur Pengajaran Yang Jarang Terdapat Pada Kebanyakkan Drama
Watak Dan Perwatakan Serta Unsur Pengajaran

Serba sedikit tentang novel 7 Hari Mencintaiku. Ramai mengakui bahawa novel tersebut sangat menyentuh hati dan perasaan. Walaupun ianya setebal melebihi 1000 muka surat. Sekali pandang malas nak baca tapi bila da mula baca, tidak henti2 pulak nak baca… Hal ini kerana terlalu banyak unsur-unsur suspen yang pembaca perlu tahu. Bagi admin penulis Novel 7 Hari Mencintaiku, SITI ROSMIZAH sangat berbakat. Dia buat pembaca tertanya tanya kesudahan hubungan Khuzairi dengan Mia Adriana.. Novel yang berjaya menarik para pembaca menghayati setiap watak yang ada di dalamnya.

Mari Kita Lihat watak Dan Perwatakan Drama 7 Hari Mencintaiku.

Khuzairi :

* Anak kampung
* Berkulit hitam manis dan hensome orangnya.
* Pendiam – bercakap hanya bila perlu sahaja
* Pemendam rasa – pendam rasa cintakan Mia sejak dari bangku sekolah lagi.
* Penyayang – Sayangkan keluarga, isteri dan anak
* Romantik
* Penyabar
* Doktor
* Pengusaha kambing
* Ego diri tinggi
* Suami kepada Mia

7 Hari Mencintaiku – Seius… Unsur Pengajaran Yang Jarang Terdapat Pada Kebanyakkan Drama

Mia Adriana :

* Anak org kaya
* Bongkak dan Bangga diri
* Pandang rendah terhadap org miskin lebih2 lagi org kampung ( Geli dgn buntat, Hina khuzairi anak kampung)
* Ego setinggi gunung
* Tabah dan Kental – Tabah hadapi hidup selepas kematian ayah dan ibu buat hal.
* Insaf
* Penyayang
* Berjiwa besar – Merancang pelbagai projek demi membantu org lain.
* Isteri kepada Khuzairi

Mak Leha :
Dari mula lagi watak Mak Leha ini penonton naik meluat dan menyampah sangat. Kerana dendam dengan Ibu Mia, maka dia jadikan Mia sebagai mangsanya. Tak tahulah mana datang perangai seorang ibu macam ni. Walaupun tak suka Mia tapi janganlah hina dan maki hamun dia. Mulut jahat… Becok mengalahkan mulut murai. Gajah depan mata tak nampak tapi kuman seberang jalan nampak jelasnya… Ish..ishh…ishhh Mak Leha Mak Leha.. Mak Leha beruntung kerana anak tiri dia, Khuzairi sayangkan dia. Kalau watak ni tak berubah waktu ending, memang terasa ramai lah yang nak hempap hempap je watak ni.. Hahaha.. 🙂

Pak Samad :
Pak Samad ni ayah Khuzairi. Dia baik sangat. Selalu bela Mia dan anggap Mia sebagai anak dia sendiri ketika Mia dalam dilema. Terbaiklah Pak Samad ni
* Tegas
* Penyabar
* Baik hati
* Penyayang

Syakila :
Watak yang paling dibenci oleh penonton dari mula lagi hingga akhir cerita.. Dia punya jahat memang terselindung di sebalik Tudung dia. Sepupu kepada Khuzairi. Dia ni anak dara tapi mulut mengalahkan orang tua. Akhirnya dia dapat balasan atas apa yang dia lakukan. Jahat tahap gaban.

Helmi :
Mula mula Helmi ni jahat.. Dia dendam dengan Mia. Sanggup buat apa saja demi DUIT sampai khianat abang dia sendiri. Tapi, Alhamdulillah di pengakhiran cerita dia Berubah ke arah kebaikan. Akhirnya menjadi suami kepada Sofie.

Sofie :
Sofie ni sepupu Mia.. Dia memang baik. Cuma family dia yang tak baik. Orang yang paling rapat dengan Mia. Dia selalu support Mia dari belakang. Tidak pernah berputus asa ke arah membawa Mia ke Jalan yang benar. Dia antara Tulang belakang ke arah perubahan Mia.

Khalil :
Khalil antara watak lelaki yang ramai penonton meluat. Dia dayus. Dia sanggup berkorban jadi Pak Sanggup sebab DUIT. Merancang pelbagai rancangan untuk pisahkan Mia dengan Khuzairi. Akhirnya meninggal kerana terjun dr tingkap kerana ingin melarikan diri dari polis.

Buntat
* Anak Pak Andak dan Mak Andak
* Terencat
* Disayangi oleh ramai orang
* Meninggal semasa cuba menyelamatkan Mia dr ancaman Khalil

Watak Buntat ni meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap penonton sehingga trending. Ramai yang sedih semasa Buntat meninggalkan.

Unsur Pengajaran

EGO – Buang Ego jauh2 demi untuk kebaikan bersama
Redha menerima Qada’ dan Qadar Allah
Hidayah datang tanpa diduga.
Berpijaklah di bumi yang nyata
Jaga diri Hiasi peribadi
Bersyukur dengan kurniaan Allah
Jangan bongkak dengan kurniaan Allah
Air yang dicincang takkan putus
Cinta tidak boleh dipaksa
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Hidup Umpama Roda. Kejap di atas, kejap di bawah.
Kasih sayang tidak bokeh dijual beli
Gunakan harta ke arah kebaikan
Hindarkan buruk sangka, fitnah dan talam 2 muka.
Paling siok : Nasi tak dingin, Pinggan tak retak.. Abg Long tak ingin, Kak Mia lagi tak hendak… hehe

Banyak lagi unsur pengajar yang terdapat dalam Drama 7 Hari Mencintaiku. Hanya di atas sahaja admin dpt senaraikan. Admin percaya para penonton boleh menyenaraikan unsur-unsur pengajaran selain darpada di atas.

7 Hari Mencintaiku adalah permintaan Mia kepada Kuzairi untuk memberi peluang kepada Mia menyayangi dan disayangi seblum Khuzairi berkahwin dengan Syakilla. Drama yang dekat dengan masyarakat.

Terima Kasih… KREDIT ESEMAKAN.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *