Anak Lahir Saiz Botol Mineral. Apa Yg Jadi Kemudian Buat Aku Sgt BERSYUKUR !!!

| December 10, 2016 | 0 Comments

Anak Lahir Saiz Botol Mineral. Apa Yg Jadi Kemudian Buat Aku Sgt BERSYUKUR !!! | Cerita ini bermula bila aku disahkan mengandung anak sulung 3 tahun lepas. Sekitar tahun 2013 camtu. Di awal pregnancy aku mengalami alahan yang agak teruk. Tapi alhamdulillah aku berjaya lepasinya. Masuk usia kandunganku 6 bulan, bayi didalam kandunganku disahkan tidak membesar. Saiz seperti bayi 5 bulan walaupun ketika itu aku sudah berada di bulan ke 6. Bermula dari situlah aku berulang alik berjumpa pakar dihospital.

Ditakdirkan Allah aku mengalami pendarahan ketika usia kandunganku berada di minggu ke-31 (7 bulan). Aku dikejarkan kehospital dan di masukkan kedalam satu bilik yang dinamakan bilik pramatang yang terletak di sebelah labour room. Kat situ aku berjumpa dengan pakar kaunselor yang mengatakan aku akan bersalin bayi pramatang. Time tu aku tak tau aku rasa apa. Takut, keliru dan macam-macamlah. Tapi aku rasa happy jugak sebab aku memang tak sabar nak jumpa bayi yang aku kandung selama ni. Plus aku dah tak sanggup nak ulang alik jumpa pakar kat hospital lagi. Tapi time tu memang aku tak expect langsung apa yang akan aku lalui lepas saja aku bersalin.

Malam tu doktor cek CTG. CTG tu macam cek degupan jantung baby la. Tiba-tiba degupan jantung tu makin slow. Doktor panik dan arahkan semua nurse bersiap sedia sebab aku akan jalani emergency ceaser secepat mungkin. Aku agak panik dan menangis dan tak tahu apa yang akan berlaku tapi semuanya berjalan dengan pantas sekali. Bila aku buka mata, aku dah berada di wad bersalin. Oh ya, aku dibius seluruh badan. Time dibedah aku tak sedar dan tak rasa apa, tapi bila bius tu dah habis sakitnya ya tuhan tak terungkap dek kata-kata. 3 hari aku dihospital.

Time kat hospital aku masih boleh kawal emosi sebab aku boleh lawat anak aku bila-bila je. Anak aku berada di neonatal ICU (NICU) dalam inkubator sebab dia lahir tak cukup bulan dengan berat hanya 1.2 kg. Pertama kali aku tengok, luluhnya hati aku tengok anak aku berselirat wayar, dengan badan yang kecil sebesar botol mineral je weh! Menangis aku kat situ tengok sebab aku tak pernah expect aku akan lalui semua ni. Part nak balik rumah lepas aku discharge adalah satu perasaan yang aku tak tau nak ckp camana. Orang balik bawak baby, aku balik bawak diri. Kalau boleh aku nak je stay kat hospital tu tunggu anak aku sampai dia boleh keluar. Bayi pramatang boleh keluar bila beratnya mencapai 1.8 kg. Itu pun kalau tak ada apa-apa komplikasi.

Sejak dari situ lah bermulanya hari-hari aku yang penuh dengan air mata. Hari ni keluar hospital, esoknya aku dah ke hospital hantar susu untuk anak aku. Berpantang? No. tak ada istilah berpantang pun bagi aku waktu tu. Apa yang aku tau, aku nak anak aku sihat. Dapat keluar hospital secepat mungkin walaupun amik masa. Mula-mula aku expect dalam seminggu dua anak aku dah boleh keluar, rupanya tidak. Seminggu dua tu berat dia turun sampai 900g. Biasalah, bayi lahir fullterm pun akan mengecut dulu lps lahir. Lepas tu baru berat dia naik sikit-sikit.

Setiap hari aku tanya nurse berapa berat anak aku. Wlaupun cuma naik 0.01 kg je shri tp aku syukur sgt. At least ada pertambahan. Hari ke 10 lepas bersalin aku macam biasa gi lawat anak aku. Pergi pagi balik malam. Ya, ramai yang tegur suruh aku rehat dulu. Tapi ada je bagi semangat suruh aku terus kuat pegi hospital bagi semangat pada baby. Hari ke 10 aku dah rasa gagah sikit walaupun luka ceaser terasa sakit lg klu tersentuh pape.. Aku jalan je jejauh dari depan hospital sampai ke NICU. Sblm ni aku naik kerusi roda.
Penat mmg penat. Tapi time tu aku pikir anak je. Anak aku lebih memerlukan aku. Tak apa aku berkorban sikit demi anak aku yang bertarung di NICU.

Malam tu aku tumpah darah. Badan aku sejuk menggigil. Aku rasa nak pitam. Darah yang keluar macam air paip kau tau. Banyak melimpah ruah tanpa henti. Nasib rumah dekat ngan hospital, so aku terus di hantar ke emergency. Dan masuk wad balik seminggu. Ah penatnya! Salah aku sebab tak berpantang betul2. Seminggu kat hospital, seminggu kat rumah aku tak kemana-mana. Susu untuk anak aku orang lain yang hantarkan. Rindu kat anak aku tak payah cakapla. Hmpir2 aku meroyan. Dengan bengkak susunya, demam dan segala bagai penyakit yang buat aku rasa down sangat2. Suami aku kerja jauh. Seminggu lepas aku bersalin dia dah kena pegi keja. Tinggalkanm aku dengan mak aku menghabiskan masa-masa lepas bersalin.

Hari ke 23, aku rasa aku dah sihat. Aku nak jugak jumpa anak aku. Dua minggu tak jumpa peritnya tak terkata. Lepas pada tu mmg setiap hari aku ulang alik ke hospital. Sampai aku dah kenal mak-mak kat situ, jiran sebelah inkubator anak aku, nurse-nurse kat situ memang aku dah sebati. Hari-hari aku datang hospital jumpa dengan mak-mak yang lalui menda sama, sama-sama kongsi semangat. Orang lain yang tak ada pengalaman anak masuk NICU tak akan faham. Even mak ayah kau, adik beradik kau tak akan faham situasinya kalau diorang sendiri tak lalui.

NICU bukan saja untuk bayi pramatang, tapi bayi2 yang ada masalah lain jugak. Macam kepala besar, tak cukup tulang rusuk, jangkitan dalam paru-paru, macam-macam lah. Dengan bayi kecil berselirat wayar, oksigen kat hidung, tiub susu kat mulut. Sampai tak nampak rupa sebenar bayi tu dek banyak sangat wayar dan jarum. Kalau korang pernah masuk NICU korang tau situasinya macamana. Kalau korang tak kuat korang tak kan mampu tengok sume tu. Nasib baik NICU mak ayah baby je boleh masuk. huhu

Berbalik pada cite aku, disebabkan aku hari-hari datang hospital, siap ada kawan baik lagi kat situ, aku rapatlah dengan semua orang. Kongsi cerita, kongsi ketawa dan air mata. Aku hari-hari datang lawat anak aku macam hari-hari datang keja. Mak baby sebelah kiri kanan inkubator anak aku dah macam ofismate. Hari-hari kitorang sembang, cerita itu ini, berkongsi perkembangan anak-anak. Kat situ kitorang saling membina kekuatan. Ditakdirkan, satu hari tu time aku masuk NICU jap nak tgk anak aku sebelum balik rumah, aku nampak mak bayi sebelah inkubator aku menangis. Aku panggil dia kak mas.Aku tanya kenapa, dia cakap anak dia tiba-tiba kritikal. Ya Tuhan, aku tengok doktor tengah buat CPR kat dada baby yang kecik tak sampai 1.5 kg tu pun. Time tu aku dah nak balik.

Aku sempat bagi kata-kata semangat yang selalu kitorang duk bagi tiap2 hari. Aku suh dia kuat walaupun time tu aku nangis sama. Esoknya aku datang hospital, aku tengok dah ada bayi lain sebelah inkubator anak aku. Aku tanya nurse mana kak mas. Nurse cakap anak dia dah tak de semalam. So, smlm kak mas dah bawak balik anak dia untuk dikebumikan. Ya tuhan, menangis lagi aku. Aku pegang tangan anak aku, aku doa sungguh2 moga dipanjangkan usia anak aku. Aku mungkin tak kuat macam kak mas nak lalui semua tu.

Hari-hari berikutnya memang aku lalui situasi berbeza dimana ada je bayi dalam NICU tu kritikal, baby dah tak de, penat lelah mak dia ulang alik berbulan-bulan di hospital, makan kemana, pantang ke mana, alih-alih bawak balik jenazah. Sedih kau tau. Sedih ya amat! Memang hari-hari aku kat NICU dipenuhi doa dan air mata. Tawakal, pasrah semua aku dah semat kemas-kemas dalam hati walaupun selalunya aku kecundang jugak dengn kesedihan yang tak tertahan.

Pernah dalam dua minggu tu berat anak aku tak naik-naik. Duk tang tu je. Last-last aku amik keputusan untuk stay je kat hospital. Tapi sayang, memang hospital tu tak de sediakan bilik untuk mak-mak yang anaknya berada di NICU. Kau tau aku tido kat mana? Kat bilik menunggu. Dengan orang-orang awam yang lain, tidur atas lantai berbantalkan beg! Time tu aku dalam pantang lagi. Tapi tak pe, demi anak aku. Alhamdulillah lepas tu berat anak aku naik banyak jugak sebab pukul 2, 3 pagi pun aku pegi bagi susu kat anak aku. Kalau ikutkan diorang akan bagi setiap 3 jam. Tapi anak aku ni tak sampai 3 jam dah nangis kelaparan. Sbb tu la aku sanggup stay hospital, bagi susu untuk anak aku tiap kali dia lapar.

Kalau nak ceritakan satu persatu memang sgt-sgt panjang. 60 hari anak aku dalam NICU, setiap hari kalau boleh aku nak coretkan ape yang berlaku. Serius, setiap hari ada je cerita. Setiap hari aku jumpa dengan baby2 baru, mak2 baru. Kat situ aku pulak sebagai peranan bg semangat kat diorang sebab aku dah lama kat hospital.

Kadang-kadang bila tengok mak-mak yang bersalin anak sihat-sihat post gambar anak diorang kat facebook ke, instagram ke, bertambah-tambah kesedihan kitorang waktu tu. Yela, kdg2 datang jugak pemikiran tak betul, kenapa anak kitorang tak lahir sihat mcm anak engkorang. huhuhu. Astaughfirullahalazim. Tapi tak pela, as long as korang bahagia kongsi kisah anak korang, its okay. Biarlah, klu kami sedih pun, nak buat camana. Nangis jela..haha

Rasanya terlalu panjang pulak post aku ni. Terima kasih sudi baca, Kisah ni sekadar view macamana perasaan ibu2 yang anaknya lahir2 masuk NICU. For those yang dah tau kawan-kawan, anak beranak bersalin anak pramatang, xpayahlah sibuk2 nk minta gmba baby bagai. Bgi diorang masa dulu. Diorang perlu masa untuk bina semangat dan kekuatan.Anak pramatang ni lahir tak sama mcm anak lahir full term. huhu

Sekian, itu sajalah dari aku. Alhamdulillah anak aku membesar dengan baik. Tahun depan dah nak masuk tadika. Moga jadi anak yang genius, pintar, solehah dan berbakti pada agama nusa bangsa. Peace! – Isabel via IIUM.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *