Inilah Manusia PERTAMA Mengukur Lilitan Bumi. Kisahnya Buat Ramai TERPANA !!!

| December 5, 2016 | 0 Comments

Inilah Manusia PERTAMA Mengukur Lilitan Bumi. Kisahnya Buat Ramai TERPANA !!! | Pada 2,200 tahun dahulu, seorang pustakawan dan saintis Perpustakaan Agung Alexandria, Eratosthenes telah menerima sepucuk surat dari Swenet, sebuah wilayah di selatan Alexandria.

1

Dalam surat tersebut, penulis memberitahu bahawa dia melihat pantulan wajahnya pada air dalam sebuah perigi dan rasa tertarik kerana kepalanya menghalang cahaya matahari daripada menghala terus ke arah perigi. Penulis merasakan mungkin Eratosthenes tertarik juga dengan hal itu.

Eratosthenes melihat fenomena ini sebagai pencetus sebuah idea baru. Beliau mengetahui fakta daripada surat tersebut, bahawa matahari menegak di Swenet dan penulis memberitahunya ia adalah pada waktu tengah hari. Di Alexandria pula, Eratosthenes melihat sebatang kayu terpacak agak condong bayangnya lebih kurang sebanyak 7.2 darjah. Ini menjadi bukti bahawa bumi adalah sfera. 😉

2

Seterusnya, 360 darjah, iaitu darjah sebuah bulatan itu dibahagikan sebanyak 7.2 darjah, dan mendapat kiraan sebanyak 50. Dengan bantuan pedagang yang ulang-alik antara Alexandria dan Swenet, Eratosthenes mendapat jarak daripada dua bandar itu sebanyak 500 batu (805 km). Jumlah tersebut didarab dengan 50, akhirnya beliau mendapat kiraan lilitan Bumi. Eratosthenes mendapat 25,000 batu, kiraan sebenar ialah 24,900 batu.

Pada waktu itu, tiada siapa tahu saiz bumi sehinggalah Eratosthenes menemui saiz lilitannya melalui sebuah idea kecil dan sifat ingin tahu. Tiada teknologi canggih.

KREDIT Zamir Mohyedin from FB The Patriots.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *