Review Percutian 3 Hari 2 Malam Di Resorts World Langkawi !!!

| November 1, 2016 | 0 Comments

Review Percutian 3 Hari 2 Malam Di Resorts World Langkawi !!! | Jemputan selama 3 hari 2 malam daripada Resorts World Langkawi untuk melakukan review di sana tidak dilepaskan oleh krew Khalifah Media Networks. Sememangnya Langkawi merupakan tempat pelancongan popular yang pasti dikunjungi oleh pelancong jika memilih Kedah sebagai destinasi percutian.

0

langkawi-eagle-670x503

Memulakan perjalanan dari jeti kuala kedah kami menaiki feri pada pukul 10.45 pagi. Perjalanan mengambil masa sejam 30 minit sampai di jeti pekan kuah kami terus mengambil teksi ke tempat penginapan kami iaitu Resorts world Langkawi. Resort ini terletak bersebelahan dengan pantai cenang jadi hari-hari boleh tengok pemandangan yang menarik.

rw

rwl

dscn3047

dscn3130

dscn3132

Resorts World Langkawi mempunyai 211 buah bilik dan 5 jenis bilik yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti peti ais, peti besi, seterika, dan lain-lain. Jadi boleh pilih lah ikut kemampuan masing-masing.

  • Deluxe garden view

dscn3102

  • Deluxe sea view

dscn3099

  • Premier sea view

img_20161021_131605

  • Signature suite

sign

  • Presidential suite

pres

Infrastruktur yang terdapat di Resorts World Langkawi:-

  • Seagull Coffeehouse

seagull

  • Swimming pool

pool

  • Gym

gym

  • Pengangkutan

Pengangkutan ke Cenang Mall atau pantai cenang menggunakan van yang disediakan oleh pihak resort. Jadi tak perlu bimbang kalau nak ke mana-mana boleh naik van pergi membeli belah atau ke pantai cenang. tapi van ni berjadual. so, pastikan tak terlepas van !!!

  • Dewan

dewan

  • Royal Heritage Spa

spa

Aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada di Langkawi.

  • Mangrove Safari

Kami telah dibawa ke Kubang Badak dan menelusuri hutan paya bakau untuk menikmati alam ciptaan Allah dan melawat tempat penghasilan arang yang jarang kita dapat tengok di tempat lain.

mgrv

ketam

arang

  • Melawat Gua Bukit Pinang

gua

Gua batu kapur yang dipenuhi oleh pelbagai spesis kelawar dan melihat sendiri staligtite dan staligmite yang terdapat dalam Gua Bukit Pinang.

bkp

  • Eagles Watching

Langkawi dengan terkenal dengan helangnya. tak sah kalau ke Langkawi tapi tak tengok burung helang dan memberi helang-helang ni makan.

helang

  • Sunset cruise.

Pengalaman menarik menaiki cruise untuk menikmati pemandangan matahari terbenam membuatkan kami teruja, disamping itu kami dibenarkan mandi di tengah laut. Dah letih berenang tu kami boleh BBQ di atas cruise memang best !!!

cruise

bbq

Sekadar itu yang dapat kami kongsikan kepada anda walaupun banyak lagi tempat-tempat menarik yang tak sempat kami lawati. Jadi, Jangan lepaskan peluang bercuti dan melawati tempat-tempat menarik di Langkawi pada musim cuti sekolah ni. Terima kasih Resorts World Langkawi.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Kedah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *