Kantoi RM112 Juta. Pakar Dedah Sebab MENGEJUTKAN Kenapa Pelbagai Jenis Matawang Dijumpai !!!

| October 6, 2016 | 0 Comments

Kantoi RM112 Juta. Pakar Dedah Sebab MENGEJUTKAN Kenapa Pelbagai Jenis Matawang Dijumpai !!! | Hasil penulisan BRADO KAPAK. Merujuk kepada rampasan bernilai RM 112 juta semalam yang berlaku di Sabah, kita dapat rumuskan ia kepada dua perkara utama.

1

1. Sama ada orang tersebut yang memiliki wang itu TIDAK TAHU bagaimana cara untuk mencuci wang rasuahnya lantas menyimpannya dalam bentuk cairan tunai dan emas serta geran tanah, atau…

2. Itu adalah dana luar jangka.

———————-

Kita tak nak bercakap tentang rasuah yang mereka buat. Sebab kita tahu, kalau orang bawahan pun boleh simpan cash sampai berpuluh juta, maknanya orang atasannya pasti lebih hebat daripada dia. Sebab tanpa atasan maka tiada bawahan. Kita juga tak nak becakap pasal ‘cuci duit’, salah cakap boleh sabit AMLATFA, naya je. Dah lah Sabah tu dekat dengan Suluk, memang AMLATFA boleh dikuatkuasakan sepatutnya.

Okay, apa itu DANA LUAR JANGKA?

Setiap orang yang kaya raya, mereka ini biasanya akan melakukan ‘diversify’ dalam kesemua harta milik mereka. Tujuannya antara lain untuk mengelak dikenakan cukai, mengelak dikejar SPRM, LHDN dan Kastam, untuk mengelak jatuh lingkup bergolek dan juga untuk mewujudkan dana luar jangka.

Dana luar jangka adalah satu dana yang disimpan dalam bentuk cairan di tangan sama ada bentuk tunai dalam Ringgit Malaysia, US Dollar, atau apa sahaja wang yang sah laku diniagakan dan atau dalam bentuk jongkong emas atau barang kemas. Geran tanah dan geran kereta tidak termasuk dalam dana luar jangka kerana kadar tukarannya yang merumitkan, tidak seperti emas, kita boleh ‘diversify’ pajakan kita di ribuan kedai pajak seluruh Malaysia.

Tujuan dana ini diwujudkan antara lain untuk persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi, menghadapi bencana, menghadapi ancaman peperangan / curfew, menghadapi pilihan raya, menghadapi serangan musuh ekonomi (bail out, serangan ekonomi dll) dan sebagainya.

Kita pernah dimomokkan dengan satu cerita bagaimana ketika satu musim Pilihan Raya Umum (PRU) satu masa dahulu di mana U*** sudah hampir kalah, tiba-tiba ada banyak wang ditabur bagi meraih undi di dun-dun tertentu bagi mengekalkan kedudukan U*** untuk berkuasa. Hasilnya parti U*** tetap menang dan berkuasa.

Soalnya, daripada mana datangnya dana itu tadi? Takkan BNM boleh lepaskan dana secepat dan semudah itu dalam satu hari sahaja? Ya, ia datang dari ‘dana luar jangka’ ini tadi. Para ahli koglomerat, bisnesman, pelobi projek kerajaan, mereka semua terhutang budi kepada kerajaan memerintah. Jadi mereka perlu sentiasa ada satu wang yang sentiasa disimpan di rumah-rumah agam mereka untuk persediaan perkara tidak diingini. Sebagai contoh, untuk menyuntik dana perang idealogi ketika menghadapi musim PRU akan datang. Dana ini akan diangkut menggunakan ‘briefcase’ berwarna hitam dan diserahkan kepada ketua-ketua cawangan untuk diagihkan kepada kawasan terbabit.

Okay, itu satu side ‘main tipu’ yang berlaku dalam hal ekonomi. Kita ambil satu side lagi dari sudut yang baik pula.

Katakanlah Malaysia menghadapi serangan pengganas, seperti yang pernah berlaku di Sabah beberapa tahun lalu atau mungkin lebih teruk. Ketika itu aset-aset negara pasti ditutup bagi menjaga keselamatan sehingga langkah-langkah ketenteraan diambil oleh pihak berkuasa. Perkara paling awal dilancarkan adalah ‘curfew’. Ketika ini, ‘wang-wang elektronik’ pasti tidak bergerak dan beku. Bererti, ‘dana-dana luar jangka’ inilah yang akan digunakan bagi menggerakkan ekonomi negara. Orang-orang yang berduit dan mempunyai aset emas akan membelanjakan harta mereka bagi membayar tentera pengawal, pihak berkuasa, membeli makanan ruji dari orang yang mempunyai stok makanan untuk diagihkan kepada keluarga dan orang bawahan dan sebagainya.

Kita boleh tonton filem-filem kungfu terbitan China, atau Shaw Brothers, di mana ketua-ketua majlis kungfu mereka akan mengumpulkan pengikut di rumah agam mereka dan ketua itu tadilah yang akan menyuruh inang-inang memasak dan memberi makan semua pengikutnya dikala curfew berjalan. Jadi, kalau anda tiada ‘dana luar jangka’, bagaimana mungkin anda boleh mendapat bekalan mentah dan membela nasib orang sekeliling anda?

Okay, itu side baik yang sangat jarang berlaku. Mungkin puluhan tahun sekali terjadi. Side lain pula, kita boleh lihat kenapa ada banyak wang negara asing, seperti USD, NZD, IDR dan KORWON dalam rampasan semalam, kerana wang-wang itu digunakan sama ada – bercuti dan atau ada bisnes di negara asing dan atau persediaan melarikan diri ke negara luar.

Kemana wang-wang tadi dileburkan?

Wang-wang tadi kebiasaannya akan dirampas dan dibekukan dibawah aset cagaran Bank Negara Malaysia. BNM akan melakukan ‘code scanning’ untuk mengesahkan kesemua wang-wang tadi dikeluarkan daripada bank cawangan yang mana satu, lalu bank-bank terbabit, para managernya akan dipanggil dan disoalsiasat adakah terlibat. Wang hasil rampasan pula akan dijadikan aset negara dan sebahagiannya akan diagihkan semula kepada kelab-kelab, persatuan-persatuan, NGO-NGO dan mana-mana badan berkanun yang terbabit.

Sebahagian lainnya, akan dijadikan sebagai ‘aset luar jangka’ dibawah kelolaan P***. Aset terakhir ini untuk berhadapan ancaman keselamatan seperti yang telah saya ceritakan di atas.

——————————-

Kita ambil satu sudut pandang yang lebih jauh, mengapa pentingnya punya ‘dana luar jangka’. Oleh itu kita ambil pengajaran dan iktibar daripada kisah yang berlaku semalam. Bagi orang yang pernah bermain wang jutaan ringgit, mereka akan rasa sangat kecewa kerana wang sebanyak itu dirampas dan dibekukan. Bagi orang awam yang tidak pernah melihat wang sebanyak itu, mereka akan beranggapan jikalau mereka berada disitu, mereka nak curi satu buku duit pun orang tak sedar. Kita boleh nilai dan perhatikan betapa lemahnya pemikiran seseorang itu berdasarkan tindak-tanduk dan komen mereka semalam.

Itu baru satu orang punya aset dibekukan, kita belum kira lagi ratusan orang yang menerima rasuah dan wang kotor. Ada yang sudah ‘dicuci’ pun. RM 112j tersebut hanya wang nyata yang tidak dicuci. Kalau nak kira termasuk yang sudah ‘dicuci’ kita agak mungkin lebih berkali ganda daripada nilai RM 112j tadi. Mana tak nya, masa ‘sontotan teragung’ tahun 2014 dulu pun, nilai sontotan melebihi RM 3.3 billion.

Jauh lebih besar nilainya berbanding nilai sontotan 1MDB yang banyak RM 2.6 billion.

Kemana semua wang itu pergi?

Persoalan ini sangat rumit dan membabitkan nama-nama besar dalam dan luar negara yang mana sudah pasti ada ‘kartel-kartel’ yang terlibat di mana nama-nama mereka kebal dari undang-undang dan ‘tidak boleh disentuh’. Anda sentuh? Anda cari maut. Siapa mereka ini? Jeng jejeng….

Persoalannya sekarang, “SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENGHADAPI KEMELESETAN EKONOMI TAHUN AKAN DATANG? DAN SUDAHKAH ANDA PUNYA DANA LUAR JANGKA SENDIRI?”

Okay, sekian. KREDIT BRADO KAPAK.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *