Anak-Anak Masuk Sekolah Tahfiz. Bagus. Tapi Bila Dah Keluar Ini Jadinya !!!

| August 21, 2016 | 0 Comments

Anak-Anak Masuk Sekolah Tahfiz. Bagus. Tapi Bila Dah Keluar Ini Jadinya !!! | Assalamualaikum,harini aku nak berkongsi sesuatu. Tentang pentingnya halal-haram sesuatu pekerjaan. Baru-baru ni suami aku ajak aku jumpa bekas abg ipar dia. Orangnya baik pakcik ni, dan bisnes dia jugak maju Alhamdulillah. Anak2 dia (kira anak saudara suami aku la) semua lelaki, dah besar, paling muda pun dah umur 17 tahun. Kisahnya pakcik ni ajak suami aku utk join bisnes dengan dia. Bisnes yg halal, cuma risiko tinggi. Aku dengar je la diorang berbincang.

1

Masa on the way balik tu, suami aku pun bukak cerita la, mcm mana susahnya pakcik ni dulu nak besarkan anak2 dia. Dia sanggup buat apa saja utk bagi sesuap nasi utk anak2nya yg 7 orang tu. Ada satu masa tu, dia hanya bawak RM10 masuk pusat snooker, tapi keluar dengan RM beratus2 ditangan dia. Suami aku mcm kagum dengan usaha dia, tapi aku terdiam. Dan aku tanya, “Judi ke?” Suami aku pun terdiam dengar soalan aku. Dia balas, “Tentang halal haram apa yg dia buat tu, sy tak nak cakap. Kita tak boleh nak judge orang tu. Tu antara dia dengan Allah. Point sy, sy kagum dia sanggup usaha mcm mana pun utk bagi makan dekat anak2 dia”

Suami aku sambung, “Tak semestinya pekerjaan halal yg kita buat ni, duit yg kita dapat ni halal” Aku mengangguk. Betul jugak apa dia kata. Pekerjaan halal kita ni boleh jadi haram bila dalam masa waktu bekerja tu, kita banyak mengelat. Boleh jadi kita ambik waktu lunch yg lama, dan berborak2 sedangkan waktu tu kita sepatutnya bekerja. Jadi duit yg kita dapat utk masa2 yg kita spend utk benda lain tu, adakah ia halal?

Aku terus teringat member aku waktu sekolah dulu. Dia pernah cakap dekat aku, dia takut sebab dia tau ayah dia ambik rasuah. Kalau nak harapkan gaji, berapa lah sangat nak tanggung dia dan adik2. Dia takut ilmu2 yang dia belajar ni, tak berkat sbb ayah dia bagi dia dan adik2 makan, pakai semua bersumberkan duit rasuah. Aku sedih utk dia tapi aku pun tak tau nak cakap apa, yela, masih skolah kan waktu tu. Hanya mampu dengar jela luahan dia.

Berbalik semula ke cerita pakcik tadi. Anak2 dia memang bermasalah. Yang dah kahwin, curang dengan isteri, yang belum kahwin ada anak luar nikah, yang masih skolah pulak masalah attitude. Nak cakap bab solat dan sebagainya, memang ke laut lah. Anaknya yg kedua last dan last tu pernah masuk sekolah pondok lagi, belajar agama. Dan boleh lead solat, boleh lead majlis tahlil dan sebagainya. Tapi hanya sekadar masa sekolah pondok tu sahaja. Lepas keluar, bermasalah. Buntingkan anak dara orang, bertukar2 pasangan, dan mcm2 lagi aku tak nak sebut. Korang faham2 lah sendiri.

Yang sedihnya, kakak ipar aku pun bukan lah seorang yg baik juga dulu masa dia muda2. Dia pernah curang dengan pakcik ni (antara sebab diorang bercerai). Yang ni, mak mertua aku sendiri cerita. Tapi bila anak2 diorang bermasalah, diorang TAK NAMPAK yg itu adalah kesan dari perbuatan diorang. Ye, anak tu dah besar dah boleh fikir baik buruk sendiri. Tapi, apa yg kita didik dan tunjukkan dekat diorang dari diorang kecik memain peranan yg sangat tinggi. Dan satu lagi, pernah dengar tak quote “History repeats itself” Percayalah, kalau kita tak belajar dari kesilapan, dan masih melakukan kesalahan yang sama, anak2 kita akan ikut jejak kita.

Dengan rezeki yang tidak halal (terang-terangan sumbernya) dan perangai kita sendiri tak elok, mcm mana kita nak expect anak2 kita akan jadi elok walaupun kita hantar diorang ke sekolah agama, sekolah pondok? Aku tak nafikan, ada ibu bapa yg teruk tapi Alhamdulillah anak2 diorang nampak kesalahan ibu bapa tersebut, dan nekad utk taknak jadi mcm ibu bapa dia. Tapi berapa ramai anak2 yg boleh fikir mcm tu?

Nasihat aku buat para budak2 university, carilah ilmu dengan cara yg halal. Kita pergi tuntut ilmu penat2 tapi kutuk lecturer tu, mengata lecturer tu, adakah ia halal? Macam mana kalau cikgu/lecturer tu tak halalkan apa yg diajarnya? Dimanakah keberkatan ilmu itu? Itu belum masuk lagi masa bekerja nanti. Carilah pekerjaan yg halal sumbernya. Bila dah dapat yg halal, bersyukurlah. Bersyukurlah dengan bekerja bersungguh-sungguh. Janganlah gaji RM3000 tapi bekerja seperti gaji RM1000. Percayalah cakap aku, yg baki RM2000 tu bila kau dapat pun, cepat je dia akan habis without you even realizing it. And that shows rezeki that kau tak berkat.

Elakkan lah seboleh-bolehnya associate dengan rezeki yg dari sumber haram seperti judi, arak, rasuah dan sebagainya. Duit tu akan jadi darah daging kita bila digunakan. Dan kesannya sangat buruk. Fikirlah kehadapan sikit, jangan fikir kalau kau masih single sekarang, benda tu takda apa2 kesan. Remember this, apa yg kau fikir will eventually becomes what you do. And what you do will eventually becomes your habit. And that will become your character. Perangai tu akan terbawak2 sampailah kau kahwin dan ada anak nanti.

Sementara kau masih waras sekarang, berubahlah. Make the right choice! – Maisara via IIUM.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Save

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Koleksi Best

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *