Inilah Kisah Sheikh Al Jujali Tokoh Agama POPULAR Yang Jadi SESAT Selepas Kahwin Isteri CANTIK !!!

| June 11, 2016 | 0 Comments

Inilah Kisah Sheikh Al Jujali Tokoh Agama POPULAR Yang Jadi SESAT Selepas Kahwin Isteri CANTIK !!! | Al-Kisah, inilah Hikayat Syeikh al-Jujali. Ulama yang pernah masyhur namun cuba dipadamkan sirahnya. Tinggilah ilmunya. Banyaklah hafalannya. Ramailah muridnya. Sungguh hebat karamahnya ini. Namun kesilapannya jua menjadi hikayat yang diriwayatkan.

1

Ketika pada awal puncak kemasyhurannya, beliau sering mengadakan majlis ilmu yang besar ditengah-tengah kota. Seluruh jiwa di kota tersebut memenuhi setiap ruang dataran majlis ilmunya. Maka berbicaralah ia pada bab fiqah. Amatlah alim beliau menghurai satu persatu. Amatlah tegas pengajarannya. Amatlah ketat hukum-hakamnya. Lambang seorang alim lagi warak.

Berbahas lah majlis itu tentang segala perilaku yang membawa kepada dosa. Segala kemaksiatan yang berlaku di kota tersebut tidak terlepas dari kecaman sang alim ini. Kesemuanya ditegur. Diajukan pelbagai soalan dari para muridnya yang ribuan jumlahnya itu. “Wahai Syeikh al-Jujali yang kami sanjungi… apakah hukum menurutmu andai kami melihat sipulan itu melakukan dosa sekian dan sekian…?”

Begitulah antara soalan yang sering diajukan oleh hadirin kepada beliau. Maka sang alim lagi warak ini seolah-olah kunci pintu syurga dan neraka berada ditangannya dengan tegasnya menjelaskan, “Maka Fasiq lah sipulan itu dengan dosa apa yang ia lakukan. Maka terhindarlah ia dari rahmat Syurga. Terjerumus lah ia ke lembah neraka yang maha dahsyat azab seksanya. Inilah golongan yang bakal celaka !”. Syeikh al-Jujali memberi dalil yang jelas sahih iaitu “Sesungguhnya kami berhukum menurut yang zahir kelihatan. Inilah yang sahih dalam SYARIAT kita”.

Maka bersahutanlah gema takbir dari pengikutnya. “ALLAHU AKBAR !!!, ALLAHU AKBAR !!!, ALLAHU AKBAR !!!”. Semakin taksublah para pengikutnya. Naiklah semangat anak muda itu lalu segera pergi ke bangunan-bangunan indah di kota tersebut lalu menjerit “Kamu semua sedang dalam celaka !!! apakah kamu tidak tahu akan segala maksiat yang haram ini ? Wahai ahli neraka, Cepat kosongkan bangunan lagha ini sebelum kami membunuh kalian wahai pendosa”.

Maka bertempiaran larilah segala manusia di dalam bangunan lagha itu. Penyanyi, penari gelek, pemuzik, pemabuk dan lain-lain lagi ahli maksiat menjauhkan diri mereka dari anak-anak muda itu kerana takut akan ugutan dan kecaman keras itu. Maka anak muda itu semua bertakbir kerana dakwah dan amar makruf nahi munkar mereka telah berjaya menutup premis maksiat berkenaan.

Namun, para pendosa berkenaan berbicara sesama mereka, “Biadapnya para agamawan tersebut. Enak saja memanggil kita ahli neraka. Apakah kunci syurga itu telah ada dalam tangan mereka? Jika benar pun kita berdosa, janganlah sampai dibunuh. Kelak kita terus ke neraka. Sebaliknya, mereka sepatutnya menasihati kita dengan hikmah agar kelak sama-sama kita bertaubat dan berjaya masuk ke syurga. Tutuplah hati kita dari segala hal agama dengan sebab sikap pendakwah-pendakwah itu.”

Sekali persetua, seorang gadis yang menjadi penyanyi berkata, “Apakah kamu tidak tahu, bahawa anak muda itu semua muridnya Syeikh al-Jujali ulama masyhur itu?”. Aku akan hadir ke majlis beliau esok bagi mengetahui adakah ini yang dikatakan dakwah”. Maka keesokkan malam, datanglah ia ke majlis ulama masyhur itu.

Terkejutlah para hadirin. Inilah gadis si penyanyi terkenal di negeri mereka itu. Ia datang ke majlis Syeikh al-Jujali dengan memakai pakaian penari gelek seraya berkata dengan nada menggoda, “Duhai Syeikh al-Jujali yang alim, sesungguhnya memang kami ini golongan pendosa. Namun apakah telah termaktub bahawa pengakhiran kami di neraka?”.

Maka cairlah hati Syeikh al-Jujali dengan soalan lembut dan penuh muhasabah itu. Terpikatlah beliau dengan kata-kata dan empunya diri si penyanyi tersebut. Anak-anak murid beliau terpana apabila mendengar soalan keinsafan tersebut lalu menantikan apa jawapan guru mereka. Maka berkatalah si alim itu, “Wahai saudari, HAKIKAT nya, Allah tidak memandang zahir kamu. Tetapi Allah memandang hati kamu. Sesungguhnya kamu orang yang memiliki hati budi yang luhur dan memerlukan pendamping bagi memimpin kamu terus kepada kebenaran”.

Maka sudah berjayalah jarum muslihat gadis penyanyi tersebut. Lalu dia berkata, “Wahai Syeikh al-jujali, kahwinilah daku dan pimpinlah daku untuk ke jannah. Namun syaratnya aku tidak mahu mematuhi segala tuntutan SYARIAT. Biarlah zahirku penuh dosa namun hatiku suci bersih kerana inilah yang dipandang Allah pada HAKIKAT”.

Maka bersetujulah Syeikh al-Jujali dengan pelawaan dan syarat gadis cantik lagi terkenal itu. Maka berkahwinlah mereka. Hingga menjadi riuh penduduk kota itu apabila Syeikh al-Jujali telah mengahwini gadis penyanyi. Kelakuan pasangan terkenal itu menjadi tumpuan ramai. Penyanyi tersebut mula memeriahkan kota tersebut dengan majlis nyanyian. Manakala Syeikh al-Jujali sudah tidak lagi menegur maksiat-maksiat yang berlaku kerana beliau sentiasa berhusnud dzan terhadap maksiat-maksiat yang diketuai isterinya yang jelita itu. Maka buat seketika kota itu bagaikan sudah tidak tertaklif terhadap hukum-hakam Tuhan.

Ini menjadi persoalan kepada murid-muridnya. Apakah Syeikh al-Jujali telah meninggalkan Syariat?. Namun, majoriti anak murid Syeikh al-Jujali yang taksub pula mempertahankan perbuatan Syeikh dan isterinya lalu berkata, “Husnud Dzan lah kamu. Ini agama rahmah. Allah memandang hati kamu.” Maka bersengketalah kedua puak anak murid Syeikh al-Jujali. Segelintir kecil mempertahankan Syariat dengan begitu ketat sehingga membuat pelbagai ancaman. Manakala majoriti anak murid beliau semakin jauh dari Syariat dek kerana terlampau longgar prinsip mereka hingga maksiat semakin luas berleluasa”.

Hal semakin runcing. Maka tersedarlah Syeikh al-Jujali bahawa beliau terbelit dengan fitnah. Maka isterinya itu mengakui bahawa dia sengaja menggunakan kalam ulama masyhur itu bagi menghalalkan maksiat dikota-kota. Maka Syeikh al-Jujali menceraikan isterinya yang munafik itu. Kononnya berhijrah tetapi sebaliknya hanya mempermainkan agama.

Namun, bekas isterinya itu menjawab, “Wahai Syeikh al-Jujali, sebenarnya kamulah penunggang agama. Kamu berbicara mengikut kesukaanmu sahaja. Kamu meninggalkan MARATIB ILMU. Syariat dan Hakikat kamu campur gaul secara tunggang langgang. Kamulah Syeikhul Fitan, ketua para pemfitnah. Anak muridmu kini sedang bertelagah kerana hukum-hakam yang tidak bersandar kepada Makrifah yang engkau keluarkan. Ada antara mereka yang terlampau radikal dan ada antara mereka yang terlampau liberal”.

Syeikh al-Jujali terdiam dan berasa dipermalukan. Maka dengan segera beliau keluar dari kota tersebut. Pergi menuju ke negeri lain yang jauh dari negeri itu. Beliau meninggalkan negeri itu dalam keadaan maksiat semakin berleluasa, kekerasan semakin menggila dan ribuan anak murid yang bertelagah. Maka muncullah dari mereka ini pelbagai riwayat tentang hikayat Syeikh al-Jujali menurut versi masing-masing. KREDIT FB THE PATRIOT.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: International

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *