10 GAMBAR Air Terjun Lata Belatan Terengganu Yang Buat Ramai Kata WOW !!!

| April 4, 2016 | 0 Comments

10 GAMBAR Air Terjun Lata Belatan Terengganu Yang Buat Ramai Kata WOW !!! | SUASANA tenang dengan keindahan flora dan fauna di lokasi air terjun sering kali menjadi daya penarik untuk orang ramai beriadah bersama rakan atau ahli keluarga. Selain mandi-manda aktiviti seperti barbeku, berkhemah dan meredah hutan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga atau rakan.

1

Di Terengganu, Hutan Lipur Lata Belatan yang terletak dalam hutan simpan kekal di daerah Besut antara lokasi tumpuan yang tersohor dalam kalangan penduduk serta pelancong luar. Hutan di bawah seliaan Jabatan Hutan Negeri Terengganu itu terkenal dengan air terjunnya yang cantik selain merupakan pintu masuk utama untuk pendakian ke puncak Gunung Tebu.

Lata Belatan terletak kira-kira 118 kilometer dari bandar Kuala Terengganu, Jertih (20 kilometer) dan hanya lima kilometer dari jalan utama Jertih – Kuala Terengganu. Walaupun pengunjung tidak dikenakan bayaran untuk memasuki hutan lipur berkenaan, namun pengunjung yang mahu mendaki gunung atau berkhemah di situ perlu mendapat kebenaran jabatan perhutanan negeri.

2
3

Bagi mereka yang gemar mandi-manda, Lata Belatan amat sesuai untuk aktiviti berkenaan termasuk kepada kanak-kanak kerana air sungainya tidak dalam, jernih dan berpasir halus.

Anda boleh memilih untuk bermain air terjun yang sejuk atau sekadar berehat di tepi tebing terasa sambil menyedut udara segar di dalam hutan. Namun, begitu pengunjung perlu berhati-hati terutamanya di kawasan yang berbatu agar tidak berlaku kecederaan atau sebagainya.

Bagi pencinta dunia fotografi inilah waktunya untuk anda merakamkan keindahan flora dan fauna yang terdapat di hutan berkenaan. Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Besut turut membina papan gelongsor dan memperbaiki tebing-tebing sungai yang curam untuk menambahkan lagi nilai penarik di lata berkenaan.

4
5

Bagi memastikan para pengunjung selesa beriadah di kawasan berkenaan, beberapa kemudahan lain turut disediakan antaranya gerai-gerai, tandas awam, surau, pondok rehat, jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.

Justeru, tidak hairanlah, lokasi itu menjadi tumpuan pengunjung setiap hari, malah bilangannya meningkat beberapa kali ganda pada hujung minggu atau cuti persekolahan.

Tapak perkhemahan di Lata Belatan juga sering menjadi tumpuan pelajar sekolah atau pihak-pihak tertentu berkhemah. Sudah puas mandi-manda jika perut mulai berkeroncong, selain menjamu selera di gerai yang disediakan, pengunjung boleh membuat barbeku bagi menambahkan keseronokan percutian.

Pengunjung yang berminat dengan aktiviti pendakian, Gunung Tebu yang berketinggian 1,039 meter merupakan salah satu tarikan yang popular di Lata Belatan. Menjadi puncak tertinggi di Terengganu, aktiviti itu turut memberikan satu cabaran dan kepuasan kepada para peminatnya. Jika anda berada di puncak ketika cuaca baik, anda boleh menyaksikan pemandangan Pulau Perhentian dan Laut China Selatan.

Pendakiannya mengambil masa selama lima hingga enam jam dan setiap pendaki perlu membayar RM5 kepada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu sebagai permit mendaki. KREDIT KOSMO.

6
7
8
9
10

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: Terengganu

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *