6 Hari 5 Malam Bercuti Di Bukit Tinggi Dan Padang Indonesia Yang ‘AWESOME’ !!!

| January 14, 2016 | 0 Comments

6 Hari 5 Malam Bercuti Di Bukit Tinggi Dan Padang Indonesia Yang ‘AWESOME’ !!! Artikel ni istimewa sikit sebab ia ada kena mengena dengan asal usul datuk nenek dan nenek moyang . Jadi bila berkunjung untuk bercuti di Bukittinggi Indonesia beberapa tahun dulu umpama sirih pulang ke gagang. Terasa dekatnya salah silah tu terutama bila nampak bendera kat sana sama macam bendera Negeri Sembilan.

istana-pagaruyung

Tapi sayang sebab semua gambar semasa bercuti di Bukittinggi tiada dalam simpanan langsung kerana kesemua gambar yang saya ambil ketika berada di sana telah hilang .

Sedih sebab ada banyak gambar semasa bercuti di Bukittinggi termasuk Rumah Hamka dan Istana Pagar Ruyung yang sangat saya suka. Jadi post hari ini adalah kenangan yang terakam dalam memori saya sahaja.

Di mana kedudukan Padang dan Bukittinggi ?

Bukittinggi terletak di kota Padang di Sumatera Barat. Nama pekan ini sama dengan lokasi pelancongan di negara kita iaitu Bukit Tinggi. Cuma Bukit Tinggi di negara kita lebih memaparkan bangunan dan suasana seperti ala-ala Perancis dan terletak di Pahnag.

Ada penerbangan terus ke Padang jika menaiki penerbangan Airasia dan masa penerbangan hanya mengambil lebih kurang 1 jam 10 minit sahaja.  Airasia menawarkan 2 penerbangan sehari iaitu di sebelah pagi pukul 7.50 dan tengah hari iaitu pukul 1.55 .

Rasanya dulu tak sampai satu jam pun kapalterbang dah mendarat sebab Sumatera  Barat dengan Malaysia ni macam sepupu aje kedudukannya.

Airasia mendarat di lapangan terbang Bandar Udara Internasional yang pada saya masa itu biasa-biasa saja. Kami dah tempah supir yang dah sedia menunggu dengan MPV Toyota ke hotel Kharisma di Bukittinggi.

Cari dan survey hotel peginapan di  hotel di bukit tinggi di sini.

Jauh juga jika menaiki kereta dari airport tersebut sebab perjalanan ke hotel mengambil masa hampir satu jam lebih. Tapi di sebabkan itu kali pertama ke Indonesia saya layankan jugalah mata melihat pemandangan di negara jiran.

Apa tempat pelancongan yang menarik di Bukittinggi ?

Saya ingat-ingat lupa mana tempat yang saya pergi semasa bercuti di Bukittinggi dulu sebab dah beberapa tahun. Tapi ada yang saya masih ingat dan saya tuliskan di sini. Esok-esok boleh pergi lagi. Bagus juga bila lupa ingatan sebab boleh repeat travelkan?

1.Keluk 44

kelok-44

Keluk 44 ini sangatlah menakutkan perjalanannya pada saya. Ia mengingatkan saya keadaan jalan ke Cameron Highland dan Genting Highland.Saya memang tidak suka ke dua dua tempat ni walaupun sejuk di sebabkan jalan yang curam dan belereng.

Begitulah keadaannya semasa melalui Keluk 44 cuma saya perhatikan supir yang membawa kami sangat berpengalaman dan hon sepanjang jalan tak pernah berhenti.Kalau di Malaysia dah teruk kena belasah agaknya. Mungkin sebab dia cekap saya rasa seronok pula melalui jalan asng curam sambil menikmati cuaca sejuk dengan pemandangan sawah padi serta gunung berapi yang masih aktif.

Di sini juga saya di tunjukkan pokok pokok berwarna merah yang rupanya pokok kayu manis yang kita campur dalam lauk kari yang kita masak tu. Patutlah Belanda kaut semuanya ke negara mereka semasa menjajah Indonesia beratus tahun dahulu.

Kami juga berhenti di kedai yang jual souvenir dari bunga cengkih dan kayu manis yang sangat unik hasil tangan mereka. Sempat juga berhenti di Keluk 37 tempat biasa supir berhenti bawa pelancong melihat pemandangan sawah padi yang menghijau dan sangat cantik.

2.Lubang Jepang

Saya lalu je di sini dan tak turun mengenangkan masa tu saya bawa anak saya yang masih kecil. Takut saya kalau kena sampuk dekat tempat tempat macam ni. Hati memang nak singgah dan masuk tapi tak apa ada rezeki mesti akan sampai lagi sekali.

Menurut supir yang juga pemandu pelancong masa tu terowong tersebut panjangnya 6km dengan kedalama 64 meter di bina oleh tentera Jepun pada tahun 1942. Pintu masuk ke tempat ni pun ada banyak dan di dalam terowong ni ada ruang seperti bilik untuk menyimpan makanan, senjata dan juga ruang pejabat.

Waktu zaman penjajahan dulu buruh-buruh di paksa untuk membina terowong ini dan kebanyakan buruh yang di paksa beekrja ini di mabil dari Jawa, Kalimantan dan Sulawesi. Tiada orang Bukittinggi yang menjadi buruh di waktu tersebut.

3.Kedai Sulam Hajah Rosma

Tak di nafikan di sini kain sulam serta kain tenun memang cantik cantik. Cuma saya yang tidak berminat. Tapi sempat juga saya beli kain tenun yang nampak halus tenunannya. Harganya pada saya tidaklah murah juga cuma saya beli untuk penuhkan almari he he.Ada juga sehelai kaftan pendek yang rekaannya agak unik pada saya tapi masih tidak saya pakai hingga sekarang.

4. Pasar Aur Kuning

Pasar Aur Kuning semasa saya nak pergi tutup.Mereka tutup awal.Sayang sungguh kerana menurut manager Hotel Kharisma di situ saya boleh shopping pakaian seperti tudung, baju kaftan, blouse, kain sulam, alas meja, perhiasan rumah dan macam macam lagulah.

Rupanya di pasar Aur Kuning inilah peniaga di Bandung mengambil barang berniaga. Saya bukan nak shopping baju atau kain sulam pun sebab saya bukan peminat baju sulam atau apa apa yang bersulam. Rimas saya pakai baju bersulam bagai macam mak datin ni. Cuma kalau dah sampai mesti nak singgah jamu mata juga.

5.Istana Pagar Ruyung

Saya terpegun tengok betapa besarnya istana ni walaupun istana asal telah terbakar akibat litar pintas. Rasanya banyak juga rumah atau bangunan seperti ini yang terbakar akibat lintar pintas di sana. Sayang sungguh kerana ia binaan asal. Binaan semula istana ini adalah seperti gambar paling atas sekali di post ini. Masa saya pergi dulu ia sudah hampir 100 % siap.

Memang sangat sangat teliti pengukir yang memahat di dinding istana yang tersergam indah ni. Zaman dulu arkitek bangunan lebih kreatif dari arkitek zaman sekarang yang suka tiru bentuk moden macam kotak mancis.

6.Malim Kundang

malin-kundang

Ini tempat bersejarah.Cerita Malim Kundang yang derhaka pada ibunya yang sangat terkenal . Memang sangat terkesan melihat batu batu berbentuk  seperti tong tong kayu, tali sauh, dinding kapal serta keadaan Malim Kundang yang dalam keadaan sujud tetapi sudah terlewat di tempat ini.

Saya percaya cerita itu benar kerana sudah banyak Allah tunjukkan bukti supaya kita ambil pelajaran. Cuma sayang tempat ini agak kotor dengan sampah seperti plastik dan kertas bungkusan makanan.

7.Jam Gadang

jam-gadang

Jam Gadang mercu tanda kota Bukittinggi.Di sini memang ramai pelancong dengan berbagai peniaga yang menyewakan kereta kuda serta beca. Meriah tempat ni lebih lebih lagi ia dekat dengan Pasar Atas iaitu tempat membeli belah.

8.Perusaahaan Kopi Kiniko

Semasa di Bukittinggi dan Padang juga kami di bawa ke tempat mengusahakan biji kopi.Di sini biji kopi di proses menjadi serbuk dan rasa kopinya sangat pahit.Kopi pure la katakan. Ada sejenis kopi yang di panggil kopi tahi kelawar yang tak lalu saya nak cuba. Mengikut penerangan yang di beri biji kopi akan di keluarkan melalui najis kelawar . Ah memang tak lalulah nak masuk kat tekak sebab ada banyak lagi benda lain yang boleh saya minum.

9. Rumah Hamka

rumah-hamka

Saya berpeluang singgah di rumah Pak Hamka yang sangat terkenal dengan novel Tenggelamnya Kapal Van Der Jick. Rumahnya terletak di penghujung Kelok 44. Suasana memang nyaman di sini sebab rasa dingin aje.Dapatlah saya tengok dan baca serba sedikit mengenai penulis agung yamg telah pulang ke rahmatullah.

10.Rumah Makan Lamun Ombak

Kedai makan ini buat saya lapar.Masih teringat saya berbagai lauk pauk di susun dalam pinggan hingga penuh meja. Semua saya nampak sedap .Nasib baik tak rasa semua sebab mana yang kita rasa walau sesudu akan di kira. Mana yang kita tak usik tak perlu di bayar.

Memang sangat enak masakan minag terutama sambal hijau mereka. Kenapalah saya tak pernah belajar buat sambal ni .

11.Restoran Tengah Sawah

restoren-tengah-sawah

Ini satu lagi restoran yang menyediakan masakan minang yang enak. Istimewanya ia terletak di tengah sawah.Boleh nampak ikan sambil makan bersila di sini. Teringat saya ada satu restoran macam ni di Hulu Langat yang biasa saya pergi .

12.Rumah Gadang

Rumah ini adalah sebuah pusat dokumentasi mengenai budaya dan adat istiadat orang Minang. Melihat reka bentuk dan cara susunan bilik memang macam dekat Negeri Sembilan. Staff yang bertugas masa tu seorang perempuan yang saya lihat sangat petah menerangkan tetang adat minangkabau .

Sambil berbual bertanyakan tentang adat di sana saya sempat beritahu yang saya berasal dari Negeri Sembilan dan tidaklah tahu sangat tentang adat minangkabau ni . Sebaik tahu asal negeri saya staff tersebut sangat gembira dan memeluk saya umpama berjumpa saudara yang lama terpisah. Ini mungkin di katakan sebagai air di cincang tak akan putus. Betul ke peribahasa ni ?

Mugkin adat orang Minangkabau yang suka merantau menyebabkan ramai orang sana dulu-dulu berhijrah ke Malaya . Kedudukan Negeri Sembilan memang tak jauh dengan Sumatera dengan pintu masuk di Melaka waktu dulu-dulu ( dan sekarang juga ).

Loghat Minang tak sama dengan loghat Negeri Sembilan. Sepatah haram pun saya tak faham kalau orang cuba bercakap dalam bahasa Minang dengan saya. Mana saya tahu sebab nama je lahir Negeri Sembilan tapi saya membesar di Petaling Jaya hu hu.

Di pusat dokumentasi kebudayaan ini juga kita boleh mencuba menggayakan baju minang yang cantik  cantik. Sempat juga 2 anak perempuan saya di mekapkan dan bergambar sakan di sini.Terasa macam duduk di kampung dengan binaan dalam seperti rumah di Negeri Sembilan.

Berapa bajet bercuti di Bukittinggi ?

Saya masih ingat jumlahnya RM 1500 untuk 6 orang termasuk hotel, makan minum di hotel, supir seta semua yang ada dalam pakej tu. Pergi dengan famili dan anak masih kecil better dengan pakej supaya tak buang masa tercari cari tempat yang kita tak biasa pergi.

P.S. 1 – “PANAS” Nukilan ‘Berani Mati’ Datin Ini Buat Najib Dan Pak Menteri PANAS TELINGA !!!
P.S. 2 – Inilah Rumah Mewah Bernilai RM20 Juta Serta Koleksi Kereta Milik Datuk Seri Vida Buat Anda TERUJA !!!
P.S. 3 – Luahan Wanita Ini Selepas Gajinya Dipotong PTPTN, Sangat MELAMPAU !!!
P.S. 4 – Sultan JOHOR Menyokong Tun Mahathir Secara Terbuka, Johor dikecualikan GST. Daulat Tuanku !!!
P.S. 5 – Inilah Punca Sebenar Anak Penjual Pisang “NAIK MINYAK” Yang Ramai Tak Tahu !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Indonesia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *