Senarai Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Bakal Buat Anda TERUJA !!!

| January 2, 2016 | 0 Comments

Senarai Tempat Menarik Di Kuala Kangsar Bakal Buat Anda TERUJA !!! Senarai Tempat Menarik di Kuala Kangsar | Bandar Kuala Kangsar yang juga bandar diraja terletak kira-kira 48 kilometer dari bandar raya Ipoh, di bahagian tengah Perak.

Galleri-Sultan-Azlan-Shah-Kuala-Kangsar

Terletak berhampiran tebingan Sungai Perak yang juga dikenali sebagai ‘Kuale’, ia kota tempat bersemayamnya Sultan Perak.

Menurut sejarah, nama Kuala Kangsar diberi sempena penemuan kuala sungai yang ke-99 oleh Sultan Perak yang berasal daripada perkataan ‘Kuala Kurang Sa (seratus)’ yang akhirnya disebut ‘Kuala Kangsar’.

Selain menjadi tempat bersemayam sultan, ia kaya dengan seni warisan, sejarah, budaya dan keindahan alam semula jadinya.

Umum mengetahui Kuala Kangsar terkenal dengan Masjid Ubudiah yang menjadi antara masjid tercantik di Malaysia.

Bagi pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke Kuala Kangsar amat mudah untuk mencari masjid ini kerana ia dibina di atas bukit dan di tepi jalan di Bukit Chandan.

Ia bercirikan Morish dan bahan binaannya seperti marmar diimport dari Itali. Di dalamnya terdapat lampu candelier yang cantik dan siling diukir dengan menarik. Bersebelahan masjid ini terdapat makam diraja.

Bagi anda yang minat melawat galeri, boleh ke Galeri Sultan Azlan Shah di seberang jalan tidak jauh dari Masjid Ubudiah. Di dalam galeri ini tersimpannya hadiah dan barangan milik Sultan Azlan Shah.

kkgsr-ubud1-1024x768

Bukit Chandan ialah lokasi Sultan Perak bersemayam dan baginda memainkan peranan penting dalam pentadbiran Perak.

Istana Iskandariah yang terletak di atas bukit adalah tempat pertabalan, penyerahan anugerah, keraian diraja dan lambang kekuasaan raja Melayu.

Bagaimanapun, pelancong hanya boleh melihat istana ini dari luar sahaja melainkan pada hari tertentu, misalnya pada hari perkahwinan diraja.

Kemudian, bersebelahan Istana Iskandariah (bahagian belakang) terdapat sebuah istana lama iaitu Istana Kenangan atau Istana Tepas atau Lembah. Ia lebih dikenali penduduk setempat sebagai Istana Kuning kerana warnanya yang kuning.

Gua-Tempurung-Gopeng

Seluruh istana ini dicatkan dengan warna bendera Perak iaitu kuning, putih dan hitam. Istana ini adalah kediaman sementara Sultan Iskandar Shah (1918-1938). Kini, ia dijadikan Muzium Diraja yang mempamerkan peralatan istana, pakaian dan perabot diraja.

Uniknya binaan istana ini tidak menggunakan paku. Ia dibina daripada kayu dan anyaman bertam berbentuk kelarai manakala awan laratnya diukir bermotifkan bunga dan alam semula jadi.

Atapnya diperbuat daripada kayu belian yang kalis air. Pintu utama istana pula diakses melalui tangga yang dibina di bahagian bawah lantai. Ini adalah contoh seni bina rumah Melayu yang dibuat oleh tukang kayu Melayu.

Memasuki istana lama ini tidak dikenakan bayaran, cuma ada kotak disediakan kepada sesiapa yang ingin menyumbang bagi pemuliharaannya.

Pekan Kuala Kangsar terletak di pinggir Sungai Perak dan Sungai Kangsar. Sejarah nama Kuala Kangsar diambil daripada pertemuan anak sungai iaitu Sungai Kangsar dengan Sungai Perak.

Kuala Kangsar bermaksud kuala sungai yang kurang satu daripada bilangan seratus, dikira dari Teluk Intan di hilir Sungai Perak. Ini bermakna Sungai Kangsar adalah kuala sungai yang ke-99 dari Teluk Intan.

3127940581_19ef7d36d7_b

Terkenal dengan keenakan laksa

Anda boleh menyusuri Sungai Perak dengan menaiki bot ke hilir sungai, melihat kampung dan menikmati keindahan pulau kecil di sepanjang Sungai Perak seperti Pulau Semat, Pulau Bekor dan Pulau Cempaka Sari.

Perak Riverside Resort ada menyediakan perkhidmatan menyusuri Sungai Perak ini.

Pengunjung boleh memancing, menjala ikan, menahan bubu atau taut. Antara ikan yang terdapat di Sungai Perak ialah lampam, sebarau, tilan, tongsan, lawang, tengalan, kelabor dan seluang selain udang galah.

Anda juga boleh menyeberang ke Sayong dengan menaiki bot tambang yang terdapat di pinggir tebing, dikenali penduduk tempatan sebagai Lembah.

Di Sayong anda boleh melihat kampung dan labu dihasilkan penduduk kampung. Labu Sayong adalah sejenis tembikar tanah untuk kegunaan mengisi air. Air yang disimpan semalaman di dalam labu ini menjadi sejuk dan segar untuk diminum.

Anda juga boleh menaiki bot untuk menyeberang Sungai Perak di Manong, letaknya kira-kira 21 km dari Kuala Kangsar.

Jika berkenderaan, pengunjung boleh menyeberangi Sungai Perak menggunakan Jambatan Iskandar Shah. Di seberang terdapat kampung Melayu seperti Senggang, Menora, Seberang Manong, Kubang Udang, Bekor, Mandah, Chopin dan Parit.

Membeli-belah seronok di Jalan Tebing, pinggir Sungai Perak yang dikenali sebagai Lembah oleh penduduk tempatan.

Anda boleh mendapatkan barangan hasil kerajinan tangan penduduk di sini. Antara yang terkenal ialah bakul rotan, bubu buluh, golok, tikar mengkuang, bantal dan tilam kekabu, jahitan tekat, songkok serta barangan tembaga.

Malah, kedai lama juga masih dikekalkan di pekan Kuala Kangsar dengan pelbagai pilihan barangan boleh didapati.

Di Lembah misalnya, terdapat pasar pagi yang menjual pelbagai jenis ikan, ulam kampung dan kuih-muih tempatan.

Gulai tempoyak ikan sungai segar seperti tongsan, lawang dan lampam juga boleh didapati di sini.

Satu lagi, pengunjung boleh menikmati laksa Kuala Kangsar yang cukup terkenal dengan keenakannya. Ramai yang singgah merasakan tidak lengkap jika tidak bungkus laksa untuk dibawa pulang.

Resipinya agak berbeza dengan laksa di tempat lain. Mi laksanya dibuat segar, bukannya laksa kering dari kilang.

Gerai laksa ini banyak terdapat di sekitar Lembah. Ada yang di tepi jalan, kawasan kaki lima dan di bawah pokok, malah di tepi tebing sungai. Pilihlah yang sesuai dengan selera anda.

Setiap gerai mempunyai resipi tersendiri, terutama kuahnya. Bagi melengkapkan juadah anda, pesanlah ais cendol atau ais kacang.

Tidak jauh dari Lembah ialah Talang yang berdekatan plaza tol, juga terdapat banyak gerai laksa. Antara yang terkenal ialah Laksa Pak Ngah, di belakang Sekolah Tsung Wah, Jalan Dato Sagor.

Sememangnya Kuala Kangsar terkenal dengan laksanya. Di sudut mana anda jejaki di pekan ini, pasti anda jumpa gerai menjual laksa. Itulah sebabnya ada filem dibuat berjudul ‘Man Laksa’ yang diilhamkan Mamat Khalid dari sini.

Kuala Kangsar juga adalah tempat bersejarah. Sumber ekonomi Perak pada satu ketika ialah getah dan bijih timah. Pokok getah yang pertama di bawa ke Tanah Melayu dari Brazil oleh Henry Nichols Ridley ditanam di sini.

Inilah pokok yang meningkatkan ekonomi Malaya pada ketika itu. Kini pokok getah ini sudah berusia lebih 100 tahun, namun masih berdiri megah. Anda boleh melihatnya di sebelah Pejabat Tanah Kuala Kangsar.

Kolej Melayu atau Malay College Kuala Kangsar (MCKK) yang cukup terkenal sejak penubuhannya pada 1905 dalam melahirkan cendekiawan dan tokoh pemimpin tanah air juga tidak jauh dari pokok getah tertua itu.

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – MENGEJUTKAN… Murid Darjah 4 BERSALIN Di Klinik Swasta !!!
P.S. 4 – Inilah 5 Orang Paling PELIK Yang DIHUKUM MATI Tetapi TAK MATI !!!
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Perak

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *