Hari Pertama – Ketibaan
Dengan penerbangan ke Airport Bali,Denpasar. Setibanya di airport, pemandu pelancong kami akan menyambut ketibaan para pelancong dan membawa ke hotel,tempat penginapan.
Hari Kedua – Denpasar – Barong – Kintamani
Selepas bersarapan di hotel, para pelancong di bawa melihat keindahan Bali bermula dengan pertunjukan tarian dari Barong & Kris di Batu Bulan. Tarian ini mengisahkan tentang pergaduhan yang tidak berpenghujung antara semangat jahat dan baik. Perjalanan di teruskan dengan ke Kampung Celuk untuk melihat hasil tangan emas dan silver. Seterusnya akan ke Kampung MAS untuk melihat ukiran kayu dan ke Ubun untuk seni dan lukisan.
Kemudian, para pelancong di bawa menikmati keindahan dari gunung Kintamani, melihat keindahan tasik dan gunung Batur. Makanan tengahari akan disediakan di restauranvdi kawasan Kintamani sambil para pelancong menikmati keindahan alam. Perhentian seterusnya adalah di Gao Gajah iaitu tempat gua gajah dan Pura Tirta Empul ~ Tampaksiring Holy Spring Temple iaitu tempat mandi dan tempat di mana orang ramai menunjukan penghormatan kepada Dewa Ganesha.
(sarapan, makan tengahari dan makan malam di sediakan)
Hari Ketiga – Denpasar – Bedugul – Tanah Lot
Hari-ketiga akan di tumpukan sepenuhnya di Bedugul dan Tanah Lot di sebelah utara Bali. Para pelancong kemudiannya , akan di bawa di sekitar tempat bersejarah di Mengwi Royal Family’s ~ Taman Ayun Temple. Menuju ke kebun botanical Bedugul, terdapat sebauh pasar tradisi yang menjual sayuran dan buah-buahan, di mana para pelnacong juga dapat menikmati keindahan dari sudut Tasik Beratan. Makan tengahari akan disediakan di kawasan Bedugul.
Setelah makan tengahari, rombongan akan di teruskan dengan melawati tempat sembahyang yang di perbuat daripada kayu di atas laut, di Tanah Lot. Tempat sembahyang ini merupakan symbol perjumpaan natural and cosmic elements. anda akan dapat menikmati pemandangan yang mungkin tidak dapat di lupakan lebih-lebih lagi sekiranya cuaca adalah baik.
(sarapan, makan tengahari dan makan malam di sediakan)
Hari Keempat – Denpasar – Airport Bandung
Sarapan di hotel. Aktiviti bebas sehingga para pelancong di bawa ke airport.
(sarapan disediakan)




